Home Luar Negara PERANG DENGAN HAMAS AKAN BERLARUTAN, SUKAR – NETANYAHU

PERANG DENGAN HAMAS AKAN BERLARUTAN, SUKAR – NETANYAHU

GAZA: Perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hari ini mengakui peperangan Israel terhadap pejuang Gaza akan berlarutan lama dan amat sukar.

Beliau memberi amaran itu ketika Hamas menuntut pembebasan semua rakyat Palestin yang dipenjarakan sebagai penukaran tebusan yang diculik tiga minggu lalu.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, sayap bersenjata Hamas berkata pihaknya sedia untuk membebaskan tebusan sebaik sahaja Israel membebaskan semua rakyat Palestin yang dipenjarakan.

“Ini adalah harga yang mereka perlu bayar bagi menyelamatkan tebusan, kosongkan penjara (Israel) yang menempatkan banduan Palestin.

“Ini boleh dilakukan sekali gus atau secara berperingkat, kami bersedia,” kata, Jurucakap Briged Ezzedine Al-Qassam, Abu Obeida.

Pemimpin Hamas di Gaza, Yahya Sinwar, berkata pihaknya sudah bersedia untuk melakukan pertukaran serta merta tebusan untuk banduan.

Netanyahu setakat ini tidak memberi sebarang komitmen berhubung pertukaran tebusan bagi banduan tetapi memberi jaminan kepada keluarga tebusan bahawa pihaknya akan berusaha habis-habisan bagi membawa mereka pulang.

Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) memberi amaran ribuan lagi orang awam boleh kehilangan nyawa di Gaza kerana Israel berkata tentera daratnya masih beroperasi di wilayah dikuasai Hamas lebih 24 jam selepas memasukinya semalam.

Ketua palang merah antarabangsa merayu sokongan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan penderitaan orang awam Gaza yang tidak dapat ditolak ansur.

-AFP, BHARIAN ONLINE-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here