Home Luar Negara DAGING KUCING MAHU DIJUAL SEBAGAI DAGING BABI, KAMBING

DAGING KUCING MAHU DIJUAL SEBAGAI DAGING BABI, KAMBING

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

HONG KONG: Polis di China, baru-baru ini, menyelamatkan kira-kira 1,000 kucing dari sebuah trak yang dalam perjalanan ke pusat penyembelihan, lapor media yang bersekutu dengan kerajaan.

Memetik laporan AGENSI melalui Harian Metro, CNN melaporkan, tindakan pantas polis itu sekali gus mematahkan kegiatan perdagangan haram yang cuba menjual daging kucing sebagai daging babi atau kambing, seterusnya mencetuskan kebimbangan keselamatan makanan segar.

Bertindak atas maklumat aktivis haiwan awal bulan ini, pegawai dari Zhangjiagang, di wilayah Jiangsu, timur China, memintas kenderaan yang digunakan untuk mengumpul dan mengangkut kucing yang ditangkap, lapor akhbar The Paper yang berkaitan dengan Kerajaan China.

Tanpa campur tangan, kumpulan haiwan itu mungkin disembelih dan dihantar ke selatan untuk dihidangkan sebagai daging babi dan daging kambing serta sosej, kata laporan itu.

Polis dan pihak berkuasa pertanian sejak itu menghantar kucing itu ke tempat perlindungan berdekatan, menurut The Paper.

Aktiviti itu dijangka boleh membawa keuntungan AS$20,500 (kira-kira RM98,146).

AGENSI, HMETRO ONLINE-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here