Home Luar Negara ANAK NETANYAHU DIKECAM KERANA TAK PULANG

ANAK NETANYAHU DIKECAM KERANA TAK PULANG

SUMBER AGENSI / HARIAN METRO

BAITULMAQDIS: Pasukan askar simpanan Israel mengkritik anak lelaki Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Yair kerana kekal di Miami, sedangkan ribuan orang sudah dipanggil untuk menyertai perjuangan menentang Hamas, lapor portal Independent.

Memetik laporan AGENSI melalui Harian Metro, Lelaki berusia 32 tahun itu tinggal di Florida, tempat dia berpindah awal tahun ini selepas dia disaman kerana didakwa memfitnah di Israel berhubung hantaran di media sosial terhadap seorang aktivis politik.

Kira-kira 360,000 askar simpanan dipanggil berikutan serangan berdarah 7 Oktober ke atas Israel yang dilancarkan oleh pejuang Hamas dari Gaza.

Netanyahu menerima kritikan hebat di Israel berhubung serangan yang mengejutkan itu, yang mengakibatkan lebih 1,400 orang awam dan tentera terbunuh dan ratusan lagi dijadikan tebusan.

AGENSI, HMETRO ONLINE-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here