Home Sukan MAGIS MUSIALA LONJAK BAYERN

MAGIS MUSIALA LONJAK BAYERN

ISTANBUL: Jamal Musiala mengumpan dan menjaringkan satu gol ketika Bayern Munich menang 3-1 di Galatasaray awal pagi tadi, melebarkan rekod cemerlang mereka pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara kepada 17 kemenangan berturut-turut.

Musiala menguasai bahagian tengah dan membantu mencipta gol pembukaan jaringan Kingsley Coman pada minit kelapan sebelum penyerang Argentina, Mauro Icardi memenangi dan menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan selepas setengah jam.

Musiala, yang baru berusia 20 tahun, mengumpan kepada Harry Kane bagi gol kedua pada minit ke-73 sebelum kapten England itu membalasnya sekali gus membolehkan pemain tengah Jerman itu berada dalam senarai penjaring enam minit kemudian.

“Ia satu kemenangan yang penting,” kata Kane kepada Amazon Prime sebaik selepas kemenangan itu. “Mereka menyukarkan kami pada babak pertama tetapi pada babak kedua kami lebih bertenang.”

Rakan sepenjaring Coman bersetuju dengan komen Kane, berkata “ia tidak mudah, mereka banyak menekan kami – tetapi kami lebih bagus pada separuh masa kedua.”

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Pemenang enam kali Bayern hadir pada perlawanan itu dengan harapan untuk mengekalkan rekod cemerlang akhir-akhir ini dalam Liga Juara-Juara.

Juara Jerman itu berkunjung ke Istanbul tidak kalah dalam 36 perlawanan peringkat kumpulan, termasuk 19 perlawanan di gelanggang lawan.

Pengurus Bayern, Thomas Tuchel, pemenang Liga Juara-Juara bersama Chelsea pada tahun 2021, memuji rekod mengagumkan pasukannya selepas kemenangan itu.

“Saya tidak tahu berapa banyak perlawanan peringkat kumpulan sudah saya lalui sebagai jurulatih tetapi ia sering kali terlalu sukar – jadi hebat untuk mendapati kami mengumpul sembilan mata selepas tiga perlawanan.”

Galatasaray, satu-satunya pasukan Turkiye menang trofi Eropah apabila menjulang Liga Europa pada tahun 2000, turut bertindak cemerlang, meraih 17 kemenangan tanpa kalah sebelum dimusnahkan oleh Bayern. – AFP-AGENSI-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here