Home Sukan ENGLAND TIDAK AKAN ADILI AKSI LIVERPOOL

ENGLAND TIDAK AKAN ADILI AKSI LIVERPOOL

LONDON: Darren England dilaporkan tidak akan mengendalikan mana-mana perlawanan Liverpool musim ini – tetapi tidak kehilangan tugasnya – di sebalik melakukan kesilapan besar ketika kekalahan 2-1 The Reds di tangan Tottenham.

Pegawai itu menerima kecaman hebat susulan peranannya sebagai pengadil bantuan video (VAR) ketika pertembungan Sabtu lalu di utara London, dengan England bertanggungjawab kerana tidak membenarkan gol Luis Diaz, sesuatu yang dianggap PGMOL sebagai ‘kesilapan manusia yang ketara’.

Kesilapan itu menjadi bualan hangat dunia bola sepak sejak beberapa hari lalu dengan VAR dilihat sebagai satu kelemahan manakala Jurgen Klopp menuntut perlawanan itu diadakan semula.

Sejak itu England diketepikan oleh PGMOL bagi perlawanan hujung minggu ini, di samping pembantunya Dan Cook yang bertugas ketika perlawanan Tottenham-Liverpool.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Bagaimanapun, menurut The Telegraph, Ketua Pegawai Pengadilan PGMOL Howard Webb menyokong penuh England dan beliau tidak akan dipecat daripada tugasnya.

Webb berharap rehat susulan tugasan antarabangsa tidak lama lagi akan mengendurkan tekanan disebabkan insiden itu, sebelum situasi itu dikaji semula menjelang perlawanan minggu kesembilan, yang bermula pada 21 Oktober.

England menjadi pengadil dalam Liga Perdana Inggeris sejak Ogos 2020 dan kemudian dinaikkan dalam senarai pengadil antarabangsa FIFA tahun lalu, yang mana beliau bertugas bagi perlawanan kelayakan Liga Konferens Europa dan Liga Juara-Juara.

Pengadil berusia 37 tahun itu akan terjejas dari segi kewangan susulan penyingkirannya daripada tugasan hujung minggu ini ketika beliau akan terlepas bayaran satu perlawanan kira-kira £1,200 (RM6,900), dengan gaji pokok sekitar £150,000 (RM860,000). – AGENSI-Berita harian online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here