JAKARTA: Pihak berkuasa Bali, Indonesia memburu seorang pelancong asing yang sengaja mencetuskan
provokasi selepas bermeditasi tanpa seurat benang di sebuah kuil Hindu.
Insiden itu terbongkar selepas video lelaki itu tular di media sosial.
Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro, Dalam video itu, dia dilihat duduk di hadapan
sebuah kuil dengan kaki bersilang kelihatan bertafakur tanpa memakai pakaian.
Mempengaruh Bali, Ni Luh Djelantik berkongsi video itu di Instagram dan menulis sambil mengecam
tindakan pelancong yang tidak sensitif dan menghormati penduduk tempatan.
“Bagaimana anda boleh melakukan ini, memalukan orang Bali dan kepercayaan mereka?
“Sudah cukup! Ini satu penghinaan kepada kami. Pegawai Imigresen tangkap orang ini,” katanya.
Pihak berkuasa sudah mengenal pasti pelancong itu, namun kerakyatannya tidak didedahkan.
Pengarah Pejabat Imigresen, Tedy Riyandi dalam satu kenyataan kepada AFP berkata, pihaknya masih
menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
“Pejabat Imigresen sedang berusaha menghubungi akaun media sosial warga asing itu, tetapi
sehingga kini, tiada sebarang maklum balas,” katanya.
AGENSI – HMETRO ONLINE –
IMedikel TV






