HANGZHOU: Walaupun tiada sebarang pingat dituai, Malaysia sekurang-kurangnya sudah mengesahkan tiga kilauan perak pada hari ke-11 temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 hari ini, untuk melengkapkan sasaran 27 pingat ditetapkan.
Memetik laporan menerusi berita harian,Gelanggang Skuasy Pusat Sukan Olimpik Hangzhou sekali lagi menjadi tumpuan apabila kem negara berjaya mara ke final dalam tiga kategori, sekali gus berpeluang menambah koleksi emas selepas Malaysia merangkul emas dalam acara berpasukan wanita Sabtu lalu.
Gandingan Mohammad Syafiq Mohd Kamal-Aifa Azman berpeluang mencipta sejarah sebagai juara beregu campuran pertama dalam Sukan Asia, namun berdepan tugas getir apabila berdepan pilihan utama dari India, Dipika Pallikal-Harinder Pal Singh Sandhu pada final, petang ini.
Dalam acara perseorangan wanita, S Sivasangari berpeluang memperbaiki pencapaian perak yang diraih pada edisi lalu apabila dijadual menentang pemain Hong Kong, Chan Sin Yuk.
Turut ke final perseorangan lelaki Ng Eain Yow yang tampil sebagai pilihan utama kejohanan dan akan bertemu pemain India, Saurav Ghosal.
Di sebalik siri kontroversi di luar gelanggang, perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir selepas menundukkan juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsan di Gimnasium Binjiang.-Berita harian online-
Imedikel TV






