HANGZHOU: Kem skuasy negara berpeluang menambah satu lagi pingat emas di Sukan Asia 2022 apabila Syafiq Kamal-Aifa Azman berjaya mara ke final acara beregu campuran selepas menewaskan beregu dari India, Anahat Singh-Abhay Singh 2-1, sebentar tadi.
Pada pertembungan di Pusat Skuasy Olimpik Hangzhou itu, aksi sengit diperagakan kedua-dua gandingan yang menyaksikan Malaysia akur tewas 8-11 pada set pertama sebelum meraih kemenangan mudah 11-2 pada set kedua.
Memetik laporan berita harian,Bagaimanapun, Syafiq-Aifa sedikit cemas apabila ketinggalan 6-9 pada set ketiga namun bangkit menyamakan kedudukan 9-9 sebelum menoktahkan kemenangan 11-9 pada set ketiga dalam tempoh 38 minit.
Mereka akan bertemu pilihan pertama juga dari India, Karthik Dipika Pallikal-Sandhu Harinder Pal Singh yang mengetepikan pasangan Hong Kong, Lee Ka Yi-Wong Chi Him 2-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.-AGENSI-Berita harian online-
Imedikel TV






