Home Sukan AHMAD JAIS SENARAI PEMAIN TERBAIK PERTAHAN EMAS

AHMAD JAIS SENARAI PEMAIN TERBAIK PERTAHAN EMAS

HANGZHOU: Lima pemain takraw negara sudah bersiap sedia untuk ‘berperang’ bagi acara antara regu di Sukan Asia 2022 yang akan mula membuka tirainya, esok.

Jurulatih skuad takraw negara, Ahmad Jais Baharun selesai memilih ‘panglimanya’ yang diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab dalam misi mempertahankan pingat emas dalam acara regu yang dimenangi mereka pada temasya 2018 di Jakarta-Palembang.

Lima pemain terbabit adalah dua tekong iaitu Muhammad Syahir Mohd Rosdi dan Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican; dua apit kanan iaitu Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Mohamad Azlan Alias serta apit kiri, Amirul Zazwan Amir.

“Pemilihan pemain ini dibuat berdasarkan kombinasi regu, prestasi semasa, pengalaman dan lain lain elemen yang berkaitan bagi membentuk satu regu yang mampu diberi tanggungjawab untuk menggalas cabaran negara bagi acara ini.

“Pemain sudah menjalani latihan sejak beberapa hari lalu bagi meningkatkan lagi prestasi dan memperbaiki kelemahan yang sedia ada.

“Mereka juga sudah meletakkan sepenuh fokus bagi acara antara regu ini,” kata Ahmad Jais.

Skuad takraw negara akan membuka kempen acara antara regu di Gimnasium Jinhua berdepan Vietnam bagi aksi sebelah pagi sebelum menentang Singapura bagi aksi sebelah petang.

Sebagai rekod, skuad takraw negara memenangi pingat perak dalam acara berpasukan lelaki selepas tunduk 0-2 di tangan Thailand pada final, minggu lalu-AGENSI-Berita harian online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here