Home Buletin Semasa PENGUNJUNG TERUJA BERBELANJA DI JUALAN RAHMAH

PENGUNJUNG TERUJA BERBELANJA DI JUALAN RAHMAH

167
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan IMedikel TV

KOTA BHARU: Rakyat sangat terkesan dengan kenaikan harga barang. Namun, dengan adanya jualan rahmah, sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka.

Ada di antara pengunjung yang datang ke jualan rahmah yang berlangsung di Kolej Uniti, di sini, baru-baru ini teruja dapat berbelanja dengan harga lebih murah.

Kamariah Ismail, 64, dari kampung Che Deris, di sini, teruja dan sanggup menghabiskan RM400 untuk berbelanja dengan membeli barang keperluan asas.

“Memang puas hati nak beli barang seperti bawang besar, bawang putih, bawang merah dan maggi mudah sebab semuanya ada di sini. Harga ayam RM6 satu kilogram memang murah berbanding harga yang dijual sebelum ini,”katanya.

Seorang lagi pengunjung, Maznah Mat Hussin, 50, dari Kampung Kedai Buloh, berkata harga di jualan rahmah lebih murah berbanding harga pasaran.

Semua barang keperluan asas yang dijual di jualan rahmah ini memang murah berbanding di pasaraya. Saya tengah menunggu untuk masuk ke dalam untuk berbelanja sekarang orang tengah ramai jadi terpaksa tunggu dan saya rasa kerajaan patut buat jualan rahmah lagi mungkin di lokasi lain pula kerana ia amat bagus untuk rakyat seperti kami,”katanya.

Norma Jusoh, 45, dari Kampung Kedai Buloh juga berpendapat jualan rahmah sangat memberi manfaat kepada rakyat kerana lebih jimat

“Jualan rahmah ini boleh dikekalkan untuk pengguna yang kurang berkemampuan sebab barang memang murah berbanding harga yang dijual di luar sana,”katanya,”katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here