Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan IMedikel TV
KOTA BHARU: Kebolehan pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sewajarnya mendapat pujian kerana mereka mempunyai kepintaran dalam menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota Bharu (PKB) berjaya menghasilkan jentera menggunakan enjin motosikal berkuasa 135 cc.
Proses penghasilan jentera itu adalah di bawah seliaan pensyarah Automotif Kejuruteraan Mekanikal, Zulkafli Mohamed.
Zulkafli berkata, secara khususnya jentera itu dibina untuk perlumbaan di bawah Formula Motorsport Education Competition (FMEC) di Sepang International Circuit (SIC).
Secara tidak langsung, pelajar yang terlibat dapat mengasah kemahiran mereka tentang cara penghasilan jentera tersebut.

“Kegunaan dia ialah perlumbaan dan selepas perlumbaan kita gunakan dia di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar untuk mengikuti kelas yang mana sekiranya satu nya apabila pelajar dapat menghasilkan jentera FMEC, dia menjadi nilai tambah untuk pelajar,”
Katanya, pelajar yang menyertai FMEC dapat mempelajari ilmu pendawaian elektrik secara lebih mendalam apabila menghasilkan jentera yang diperbuat daripada besi.
Dia berkata FMEC boleh disifatkan sebagai medan anak-anak muda Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk bergerak secara aktif berasaskan kreativiti teknikal.
Menurut Zulkafli, ia sekali gus memperlihat kemahiran membangunkan rekabentuk kereta seperti Formula 1.
“Dia dihasilkan daripada besi kerangka yang kosong dan dihasilkan sebab daripada besi kita hasilkan casis kemudian daripada casis kita hasilkan sistem-sistem kenderaan.”
Dia juga selaku pengurus pasukan FMEC 2023, berkata jentera itu dijamin selamat kerana dibina mengikut speksifikasi yang ditetapkan oleh Majlis Automotive Malaysia.
Menurutnya, sebelum perlumbaan bermula, pihak FMEC akan memeriksa tahap keselamatan jentera itu bagi mengelakkan kemalangan terjadi.
“Sebelum kita melakukan perlumbaan itu dia akan periksa, dia akan periksa dan juga beberapa faktor yang perlu kita terapkan dari segi keselamatan yang pertama dari segibinaan body, binaan casis yang mana beberapa bahagian pada kenderaan itu perlu mematuhi kepada spesifikasi-spesifikasi yang telah ditetapkan oleh penganjur yang mana spesifikasi ini merupakan faktor-faktor keselamatan utama yang mana sekiranya perlanggaran, berlaku sebarang kemungkinan pemandu dan juga penonton tidak melibatkan kecederaan yang serius. “
Tambah Zulkafli, FMEC 2023 memberi peluang kepada pelajar bidang Kejuruteraan Mekanikal untuk menterjemahkan pengetahuan teori dan kemahiran mereka kepada produk sebenar yang akan diuji kebolehfungsian dan kecekapannya di litar lumba sebenar.
Tambah Zulkafli, jentera ini dibina dengan bantuan pihak Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan 10 pensyarah Automotif PKB.
Katanya, mereka mengambil masa sebulan untuk menyiapkan jentera besi itu.
Imedikel TV






