Home Buletin Semasa JPPL BATAL LESEN PENGENDALI SYARIKAT BERHUBUNG INSIDEN KEMALANGAN MAUT

JPPL BATAL LESEN PENGENDALI SYARIKAT BERHUBUNG INSIDEN KEMALANGAN MAUT

317
0

Kementerian Pengangkutan (MOT) memandang serius insiden kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan pasir yang berlanggar dengan empat kenderaan lain di km 5 jalan Segamat-Kuantan, Segamat, Johor Bahru pada 1 September lalu.

Menurut kenyataan media, siasatan yang melibatkan penglibatan pelbagai agensi di bawah MOT telah dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kejadian, seterusnya memastikan insiden seumpama ini dapat dielakkan daripada berulang.

Hasil siasatan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mendapati syarikat tersebut tidak mematuhi keperluan syarat berkanun lesen yang telah ditetapkan.

APAD melalui jawatankuasa pembatalan dan penggantungan lesen (JPPL) telah memutuskan untuk membatalkan lesen pengendali Syarikat Sepadu Ikhlas Sdn Bhd. Atas kesalahan gagal mematuhi syarat berkanun lesen Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] dan pemanduan secara berbahaya; gagal mematuhi syarat lesen iaitu keperluan keselamatan seperti mana senarai di bawah pemeriksaan dan audit keselamatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); dan gagal memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) bagi kenderaan lori yang telah tamat tempoh ketika kemalangan berlaku.

Semakan dengan agensi berkaitan mendapati syarikat ini turut mempunyai rekod saman lampau yang tinggi.

Dijelaskan tindakan pembatalan lesen pengendali syarikat ini akan berkuat kuasa serta-merta dan ditegaskan selepas tempoh pembatalan tersebut, sebarang transaksi berhubung dengan lesen pengendali bagi syarikat berkenaan tidak akan dibenarkan.

Kementerian Pengangkutan menegaskan pendirian untuk tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya yang membabitkan kemalangan dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya. – APAD –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here