Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Sebuah kedai aksesori kereta terbakar di jalan Kuala Krai, Wakaf Siku, di sini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 tengahari tadi.
Pegawai Kanan Bomba II, Khairul Arifin Che Ramli berkata pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 1.52 tengahari.
Menurutnya api dikawal pada jam 2.00 petang.
Katanya sebuah kedai 3 tingkat jenis kekal 20 ’x 70’ dengan peratus kebakaran terlibat 70 % .
Menurutnya tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu.
Tambah Khairul Arifin, pada awalnya agak sukar untuk masuk ke dalam bangunan kerana bangunan tertutup dan asap tebal.
Seramai 18 anggota bomba menjalankan pemadaman api dari Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung dan Kota Bharu.
Imedikel TV






