Home Sukan IMPIAN WENG SON RAIH PINGAT PUNAH

IMPIAN WENG SON RAIH PINGAT PUNAH

184
0

HANGZHOU: Hasrat untuk melihat atlet wushu Wong Weng Son meraih pingat pertama negara dalam acara changquan pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 hari ini tidak kesampaian.

-Memetik laporan menerusi Berita Harian-

Bekas juara dunia berusia 31 tahun itu hanya mampu berakhir di tangga ke-13 daripada 14 peserta.

Bertanding pada Sukan Asia keduanya, Weng Son yang menamatkan kempen di tangga kesembilan pada edisi terdahulu di Jakarta-Palembang, hanya mampu mengaut 9.000 mata.

Seperti dijangka atlet tuan rumah Sun Peiyuan merangkul pingat emas dengan 9.840 mata, diikuti atlet Indonesia, Marvelo Edgar Xavier (9.786) yang meraih perak manakala peserta Macau, Song Chi Kuan (9.760) berpuas hati dengan gangsa.

“Apabila dibandingkan dengan penampilan sebelum ini, saya lebih berpuas hati dengan persembahan di sini. Saya tidak gementar dan penuh keyakinan turun ke lapangan.

“Mungkin pada saat itu, saya tidak mampu menangani darjah kesukaran (720) dengan baik untuk mendapat markah lebih baik.

“Bagaimanapun, saya bersyukur masih mampu bertanding di peringkat tinggi sekalipun sudah berusia 31 tahun.

“Saya amat berharap untuk mendapat pingat, tetapi malangnya ia tidak menjadi kenyataan. Untuk itu, saya memohon maaf,” kata Weng Son, yang berasal dari Seremban.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat sukan wushu pada Sukan Asia adalah menerusi Tai Cheau Xuan dalam acara nanquan pada temasya Guangzhou 2010.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here