Home Buletin Semasa PEMANTAUAN OPS JAMIN DAN BARANG KAWALAN GIAT DILAKSANAKAN DI SELURUH NEGARA

PEMANTAUAN OPS JAMIN DAN BARANG KAWALAN GIAT DILAKSANAKAN DI SELURUH NEGARA

176
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melancarkan Kolaborasi Bersepadu OPS JAMIN bagi memastikan keterjaminan bekalan beras dengan harga yang stabil dan terkawal untuk keperluan pengguna sejak Julai lalu.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan, berkata pihaknya memberi jaminan akan terus membantu KPKM dalam melakukan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN di seluruh Negara.

“Saya berkesempatan melakukan pemeriksaan di satu premis pemborong beras utama di daerah Raub, Pahang iaitu Syarikat Jerik Trading Sdn. Bhd dan sebuah premis peringkat peruncit iaitu Pasar Raya Pantai Timur.

“Pada masa yang sama akan terus menggiatkan tindakan penguatkuasaan di bawah perundangan serta bidang kuasa KPDN terutamanya dalam menangani isu penukaran label kampit beras yang dikhuatiri berlaku susulan pelarasan harga baharu bagi beras putih import (BPI),”katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya tujuan pemeriksaan ini dilakukan adalah bagi melihat sendiri situasi semasa yangberlaku di lapangan berhubung kedudukan bekalan dan harga beras di peringkat pemborong dan peruncit serta barangan keperluan harian yang lain termasuk gula, minyak masak dan sebagainya.

“Kerjasama strategik ini melibatkan penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan pemantauan di antara KPDN dan KPKM melalui OPS JAMIN ini amat penting bagi mengenalpasti keseluruhan rantaian pengedaran beras di semua peringkat pemborong hingga ke peringkat peruncit.

“Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] dan boleh dikenakan penalti,”katanya.

Turut hadir dalam pemantauan itu adalah pengurusan tertinggi Kementerian, Bahagian Penguat Kuasa (BPGK), KPDN dan Penguat Kuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Negeri Pahang, KPKM. – KPDNK –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here