Home Buletin Semasa TIDAK PATAH SEMANGAT WALAU KEHILANGAN AYAH

TIDAK PATAH SEMANGAT WALAU KEHILANGAN AYAH

206
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Diuji dengan kematian seorang ayah ketika menjalani peperiksaan akhir semester empat di Politeknik Kota Bharu (PKB).

Itulah detik sukar yang terpaksa diharungi Syed Mustafar Ibrahim, 22.

Syed Mustafar Ibrahim, 22, dari Pasir Mas menerima Anugerah Pengarah pada Majlis Konvokesyen PKB kali ke-36.

Namun kejadian itu tidak menghalang Syed untuk berusaha dan dinobatkan sebagai penerima anugerah pengarah sempena Majlis Konvokesyen PKB kali ke-36.

Sebaik menerima berita kematian ayah, seorang anak bagaikan hilang arah tuju.

Akan tetapi Syed tetap bangkit mencari kekuatan demi mencapai kejayaan yang diimpikan oleh arwah ayahnya.

“Arwah ayah saya meninggal dunia pada minggu peperiksaan, otak saya jadi kosong dan susah untuk saya belajar tapi berkat usaha macam pensyarah, kawan-kawan selalu hubungi saya, sokong saya untuk teruskan usaha. Arwah ayah saya cakap walau macam mana pun teruskan belajar.

“Ayah saya meninggal awal tahun lepas ketika akhir semester empat. Sehingga ke hari ini, saya ingat akan kata-kata arwah seperti dia bangga dengan setiap kejayaan anak-anak dia,”katanya ketika sidang media selepas Majlis Konvokesyen PKB kali ke-36, di sini, pada Khamis.

Katanya, setiap kehidupan pasti ada ujian perit dan sukar yang bakal dilalui oleh seseorang.

Syed turut menasihati orang ramai agar kekal berusaha kerana sebuah kejayaan tidak akan datang bergolek kepada seseorang itu.

Syed yang juga anak keempat daripada lapan beradik ditemani kakak sulongnya, Siti Nur Balqis Ibrahim, 26, di majlis konvokesyen tersebut.

Syed yang juga anak keempat daripada lapan beradik ditemani kakak sulongnya, Siti Nur Balqis Ibrahim, 26, di majlis konvokesyen tersebut.

Dia merupakan graduan Diploma bidang kur bahan dan pernah menerima Anugerah Ketua Jabatan sebanyak lima kali daripada semester satu hingga lima.

“Dalam pembelajaran ini, kita tidak boleh melebihi had kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap diri kita seperti mengalami tekanan. Kita perlu seimbangkan waktu belajar dan bersukan supaya ianya mental dan fizikal kekal sihat,”katanya.

Menurutnya, penglibatan diri dalam aktiviti sukan adalah penting bagi mengelakkan diri cenderung ke arah tekanan dalam akademik.

Syed juga tamat latihan industri dengan jayanya di Air Kelantan SDN BHD (AKSB) dan sekarang bekerja di Syarikat Kontraktor, Puchong, Selangor sebagai pembantu juruukur bahan.

Syed merupakan graduan Diploma bidang kur bahan dan pernah menerima Anugerah Ketua Jabatan sebanyak lima kali daripada semester satu hingga lima.

“Kalau boleh nak sambung pengajian dalam masa terdekat ini, namun terdapat kesulitan dari segi kekangan kewangan sekarang ini kerana kami sekeluarga baru kehilangan ayah jadi itu telah menjadi isu utama bagi saya,”katanya.

Menurutnya, dia turut berhasrat untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan yang sama di Universiti Teknologi Mara (UITM), Shah Alam.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here