Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan IMedikel TV
KUALA LUMPUR: Sejajar dengan rancangan Malaysia ke 12, kerajaan telah menyasarkan Malaysia menjadi peneraju dalam pasaran halal antarabangsa dengan nilai eksport halal sebanyak 63. 1 Billion ringgit menjelang tahun 2025.
Atau 8.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Kata Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata pihaknya akan terus memacu Industri Halal berdasarkan dua pelan induk utama iaitu Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030 dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
“Antara keutamaan kementerian ini termasuk menjadikan Malaysia sebagai hub halal global menerusi ekosistem perniagaan, perdagangan dan standard yang menjadi penanda aras dan rujukan kepada negara-negara lain. Agensi-agensi pemudah cara dalam ekosistem MITI sudah lama bertapak,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Halal Global (GHAS) 2023 sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 di sini, pada selasa.
Katanya agensi-agensi pemudah cara dalam ekosistem miti sudah lama bertapak antaranya Halal Development Corporation Berhad yang berfungsi membangunkan Halal Industri kita menerusi Pengukuhan Infrastruktur dan Ekosistem Halal.
Kedua Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang merupakan Organisasi Promosi Perdagangan Nasional yang bertanggungjawab meningkatkan eskport negara serta memperkasa syarikat tempatan menembusi pasaran antarabangsa termasuk bagi produk dan perkhidmatan halal.
Ketiga, Jabatan Standard Malaysia (JSM) yang berperanan membangunkan Malaysia Standard untuk industri termasuk sektor halal.
“Standard yang dibangunkan oleh JSM bagi sektor halal merangkumi bidang makanan, farmasitikel, logistik, produk penjagaan peribadi, ujian makmal halal dan perkhidmatan hospitaliti secara mesra muslim. Dan ketiga-tiga agensi di bawah miti ini sentiasa bekerja sama rapat dengan JAKIM dalam menerajui industri halal global serta menjadikan produk dan perkhidmatan Malaysia lebih diyakini oleh pengguna di peringkat antarabangsa,”katanya.
Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri DR. Ahmad Zahid Hamidi.

MIHAS 2020 berlangsung dari 12 September dan berakhir 15 September ini.






