Home Sukan WOZNIACKI MARA KE PUSINGAN KEEMPAT TERBUKA AS

WOZNIACKI MARA KE PUSINGAN KEEMPAT TERBUKA AS

209
0

NEW YORK: Caroline Wozniacki meneruskan rentak cemerlangnya dalam kepulangan ke Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan kemenangan 4-6, 6-3, 6-1 ke atas Jennifer Brady.

Bekas pemain nombor satu dunia itu, yang kembali beraksi pada Ogos selepas berehat lebih tiga tahun, ketinggalan di set pertama tetapi bangkit memenangi 12 daripada 14 ainan seterusnya.

“Sebagai pesaing dan seorang atlet, anda sentiasa mahu menang, dan anda akan ke luar sana dengan keyakinan tinggi.

“Untuk berada di sini, stadium Arthur Ashe di hadapan anda semua, adalah impian menjadi kenyataan.

“Saya tidak terfikir akan kembali ke sini lagi. Apabila saya bersara tiga tahun lalu dan kemudian melahirkan dua orang anak, saya fikir hanya akan menjadi penonton.

“Kini saya mengharungi dua perlawanan di sini – ia satu kejayaan,” kata Wozniacki.

Pemain Denmark itu, yang mara ke final Terbuka AS 2009 dan 2014, bakal bertemu sama ada Coco Gauff atau pilihan keenam dari Belgium, Elise Mertens di pusingan keempat. –Berita Harian-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here