Home Buletin Semasa IMAM MASJID MELOR MENINGGAL DUNIA SELEPAS REBAH DI MASJID

IMAM MASJID MELOR MENINGGAL DUNIA SELEPAS REBAH DI MASJID

222
0

KOTA BHARU: Imam Tua di Masjid Mahmudi Kedai Melor, Mohd Zamai @ Suhaimi Ibrahim, 73 meninggal dunia selepas menyempurnakan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat serta solat sunat ba’diah, di sini, semalam.

Jemaah tetap Masjid Mahmudi Kedai Melor, Mohamed Aminuddin Abdul Rahman, 69 berkata ketika kejadian dia berada di sebelah imam berkenaan sebelum Allahyarham rebah.

“Sebelum membacakan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat, beliau sempat mengalu-alukan supaya jemaah berpakat memberi sumbangan kepada tabung Maahad Tahfiz Darul Anuar milik keluarga bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Saya terkejut melihat beliau rebah selepas memberikan salam kedua solat sunat ba’diah,” katanya.

Mohamed Aminuddin berkata beberapa hari lalu mereka ada berbincang untuk menyambut Maulidur Rasul nanti di masjid berkenaan.

Sementara itu Siak Masjid Mahmudi Kedai Melor, Mohd Hafifi Hilmi Zahari, 37 berkata sepatutnya selepas solat Jumaat Allahyarham mahu membonceng motosikal bersamanya untuk menghadiri majlis tahlil yang terletak di belakang masjid.

“Bagaimanapun saya terkejut setelah melihat arwah meninggal dunia di masjid ini,” katanya.

Allahyarham yang berkhidmat di masjid itu sejak lebih 20 tahun meninggalkan seorang isteri, Robiah Sulaiman, 72 dan 10 anak akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Mahligai, Bachok selepas solat Isyak, semalam.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here