Oleh:Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Keterujaan para peserta dalam program Merdeka Night Run 2023 malam tadi cukup luar biasa.
Seorang peserta Yusharizal Othman, 47, dari Setiu, Terengganu, berkata dia memang sentiasa bersemangat dalam aktiviti kesukanan.

Dan apa yang menarikanya bukan dia seorang sahaja yang menyertai program itu malah isteri dan anak juga ikut serta.
“Aktiviti kesihatan adalah salah satu cara untuk mendidik mereka ni daripada kecil lagi supaya menjaga kesihatan. Salah satunya jogging dan berlari.
“Semangat, maksud nya daripada program ni kita boleh tanam semangat merdeka melalui larian merdeka. Bagi kami sangat teruja la kerana ini kali pertama kami masuk larian merdeka di Kelantan Sebelum ni kami pernah buat larian merdeka di jambatan Sultan Mahmod, Terengganu tiga tahun lepas,”katanya.
Seorang lagi peserta yang ditemui, Amar Raziq Ahmad Ezaimin, 18, berkata dia mendapat maklumat tentang larian ini melalui laman sosial Facebook.
“Mari sini nak tambah pengalaman nak luangkan masa la masa yang lapang, ini merupakan kali pertama buat saya dan rasa gembira la. Selain itu, erti kemerdekaan bagi saya adalah bebas daripada penjajah,”katanya.
Bakri Jusoh, 53, dari Bachok, berkata dia menyertai program ini untuk merasai suasana sempena Hari Kemerdekaan.
“Saya tahu program ini daripada istri saya dan kami datang sini untuk mencari suasana juga tambahn pula ia boleh menyihatkan tubuh badan,”katanya.

Manakala Zarina Yazid, 38, dari Kota Bharu, berkata dia menyokong sepenuhnya program seperti ini untuk setiap lapisan umur dan masyarakat.
“Kemerdekaan ni untuk masa depan kita dan untuk lebih Berjaya lagi dengan perubahan yang membangun daripada pembangunan. Bagus untuk kita mengeratkan silaturahim sebab melibatkan pelbagai kaum,” katanya.
Para peserta berlari sejauh 3.5km bermula di perkarangan tempat letak kereta, Aeon Mall, Kota Bharu, di sini, semalam.
Imedikel TV






