Oleh:Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV
BACHOK: Seorang bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak melepaskan peluang dalam menceburi hobi menacing di waktu lapang.
Roslan Hussin, 56, dari Peringat, berkata memancing adalah hobi yang sering mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia kerana memberi kepuasan yang tidak terhingga kepada kaki pancing hingga ada yang sanggup mengeluarkan belanja sehingga mencecah ribuan ringgit.
“Kadang-kadang aktiviti memancing akan menjadi kerjaya saya kerana saya akan menyertai setiap program memancing yang dianjurkan di sekitar Kelantan.
“Selain daripada tu, saya juga salah seorang penganjur untuk pertandingan memancing juga,”katanya kepada pemberita ketika Program Pertandingan Memancing di Parit Tali Air Sungai Seneng di sini, baru-baru ini.
Menurut Roslan, aktiviti memancing boleh mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaki pancing kerana dapat mengenali antara satu sama lain.
“Kalau pancingan kita adalah ikan keli, saya biasanya akan guna umpan anak tebuan dan perut ayam kerana makanan itu merupakan kegemaran ikan itu,”katanya.
Walaubagaimanpun, dia berkata dalam setiap pertandingan, dia juga tidak selalunya menjadi juara kerana ikan yang dipancing kerap terlepas namun itu tidak menjadi masalah baginya.
Imedikel TV






