Home Segmen Kesihatan DIET YANG BETUL MEMBERI KESAN JANGKA PANJANG

DIET YANG BETUL MEMBERI KESAN JANGKA PANJANG

Masyarakat kita cenderung itu mengamalkan diet terutama bagi individu yang ingin menjaga kesihatan badan.

Namun masih ada sesetengah individu yang belum mengetahui cara diet yang betul untuk menjamin kesihatan yang berpanjangan.

Untuk segmen kesihatan minggu ini, team IMedikel TV menemubual pakar pemakanan, roshanizam mat hassan bagi mengulas tentang diet atau penjagaan makan yang betul, di Hospital KPJ Perdana, di sini.

“Bila kita bercakap mengenai diet biasa kita tengok kepada tabiat pemakanan seseorang so itulah diet, samada dia suka diet yang mengambil diet yang ekstrem yang berlebihan mengambil diet yang sihat, sebenarnya diet ni merupakan tabiat pemakanan seseorang.”

Roshanizam berkata terdapat beberapa jenis diet.

Antaranya diet yang sihat, diet yang tinggi protein, diet yang sesuai untuk pesakit kencing manis, diet yang khas untuk pesakit jantung serta pelbagai jenis diet yang lain.

“Tapi kita tengok kepada jenis penyakit ataupun apa yang kita nak amalkan lah samada kita nak amalkan diet yang sihat jadi fokuskan kepada diet yang sihat. Untuk diet yang sihat kita tidak fokuskan untuk satu jenis sahaja, so pemakanan kita masih berbalik kepada pemakanan asas iaitu pemakanan yang sihat dimana ia mengandungi pelbagai makanan iaitu mengikut kepada portion atau porsi yang betul mengikut kesesuaian kita harian samada bentuk badan kita keperluan kalori kita pekerjaan kita usia kita so itu kita kena ambil kira sekiranya kita ingin mengamalkan diet yang sihat.”

Menurutnya apabila individu tersebut mengamalkan diet atau pemakanan yang sihat mereka perlu mengambil tahu tentang bentuk badan masing-masing.

Katanya, bentuk badan indvidu akan mempengaruhi diet apabila ia disertakan dengan aktiviti bersenam.

“Maksudnya kalau badan besar bahagian atas jadi senaman perlu fokus kepada bahagian atas sekiranya besar bahagian bawah senaman itu perlu fokus kepada bahagian bawah bersama-sama pemakanan dan diet yang betul, maksudnya untuk menurunkan berat badanlah contohnya. Sekiranya dia kata dia diet tapi tidak bersenam tidak boleh juga.”

Sementara itu, Roshanizam juga mengulas tentang diet ekstrem yang kini menjadi ‘trend’ kepada sesetengah individu yang mengamalkan diet tetapi mahukan proses yang singkat.

Katanya, diet yang ekstrem tidak digalakkan kerana ia memberi kesan yang sekejap sahaja.

“Untuk diet yang ekstrem bagi saya untuk kesan yang sekejap tu bagus maksudnya kita nampak hasil dia dua ke tiga bulan tapi bila dah untuk selama-lamanya contohnya enam bulan ke setahun bila dia mengamalkan tu sekejap dia takkan nampak hasil so dia akan nampak kenaikan berat badan itu balik lah bila diet tu diamalkan sekejap atau terlalu ekstrem so kita lagi galakkan orang luar atau mana-mana individu lagi digalakkan mengamalkan diet yang sihat, seimbang dan mengambil porsi yang betul dan diet ni bukan untuk sekejap biasanya ia untuk enam bulan, setahun dan seumur hidup kita lah dan baru kita akan dapat hasil yang bagus dan kita lebih sihat lah sebenarnya.”

Katanya untuk kesan jangka yang panjang individu tersebut perlulah mengamalkan diet yang betul dan perlu elakkan diet yang ekstrem supaya tidak menjejaskan kesihatan badan.

Bertanya mengenai supplement atau ubat kurus, Roshanizam memberi pandangannya bahawa supplement kurus seeloknya di rujuk kepada doktor yang bertauliah sebelum mengambil tindakan untuk menggunakannya.

“Iklan tu memang banyak la kan sekiranya nak lakukan benda itu seeloknya perlu tahu badan kita itu perlu atau tidak supplement ni.  Sebab supplement untuk kurus ni ada yang okay dan ada yang tak okay, tapi yang okay ni biasanya disyorkan oleh doktor itu sendiri maksudnya doktor yang bertauliah maksudnya dia akan nampak sendirilah progress pesakit dia, sekiranya tidak berjumpa doktor kita risau kena side effects atau kesan-kesan selepas guna supplement atau ubat kurus.”

Selain supplement ada sesetengah pendapat di media sosial mengatakan jika ingin melakukan diet individu tersebut dilarang mengambil sebarang gula.

Roshanizam berkata mengambil gula ketika melakukan diet tidak salah tetapi jangan berlebihan.

“Bagi pendapat saya gula tu tak salah sebab gula ada banyak jenis gula. Kita ada gula ringkas kita ada gula kompleks dimana gula ringkas dan kompleks ini kita masih perlukan tetapi dalam kuantiti yang betul kalau salah ambil memang akan menyebabkan berat badan tak turun lah, tapi masih kena pastikan balance maksudnya gula kompleks tak ada masalah nasi apa semua, tapi kalau air manis yang gula ringkas tadi so itu bila berat badan terlalu ekstrem berat badan terlalu  besar kita akan suruh avoidkan dulu tetapi jika berat badan overweight sedikit sahaja berlebihan dia masih boleh ambil gula tapi dalam kuantiti yang betul masih dalam kalori yang terjagalah bukan berlebihan.”

Tambahnya, selain menjaga paras gula, mengamalkan waktu makan yang betul juga akan membantu seseorang dalam menurunkan berat badan.

“Secara umum kita galakkan sarapan pagi kita ambil sebelum 9 pagi dan wajib jangan skip sila elakkan untuk tak ambil breakfast kita tak galakkan sebab nanti berat badan akan lebih bertambah kalau kita tak ambil breakfast. And then lunch atau makan tengahari pun wajib dalam pukul 12 sehingga pukul 2 dan dinner atau makan malam ni kena pastikan 4 jam atau 5 jam sebelum kita tidur seeloknya jangan diambil makanan berat yang terlalu dekat dengan waktu tidur sebab badan kita tidak membakar kalori dengan lebih pada waktu malam.”

Katanya pada waktu malam badan sudah mendapat rehat yang banyak jadi jika mengambil makan pada lewat malam dengan kalori yang tinggi maka berat badan naik dengan mendadak.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here