Home Buletin Semasa DARI PELUKIS ANIMASI KE PELUKIS KARIKATUR

DARI PELUKIS ANIMASI KE PELUKIS KARIKATUR

247
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

Sanggup berhenti kerja sebagai pelukis animasi. Azharudin Abdullah, 38, atau Oden, kini berbangga dengan hasil yang diperoleh.

Niatnya untuk kembangkan bakat bagi mereka yang punya minat sama khususnya di Kelantan.

“Sebenarnya dulu saya start di Melaka, jadi bila saya balik ke Kelantan, saya kembangkan, cuba untuk memperkembangkan karikatur dalam kalangan kelantan khususnya lah, jadi setakat loni alhamdulillah bermula dengan saya seorang kita dah ada 2 3 4 pelukis baru jadi dalam masa sama kita kembangkan kita tambah lagi pelukis-pelukis baru hak mana macam tak ada kerja dia boleh buat kerja dengan menggunakan bakat dia.”

Menurut Azharudin, permintaan karikatur sangat tinggi di negeri ini.

“Lepastu pasaran kelantan tak ada lagi yang betul-betul boleh buat saya kembangkan lah benda tu, sebab permintaan tinggi sebenarnya untuk karikatur. Cuma tak ada orang dia tak jumpa cari siapa pelukis karikatur hak betul-betul boleh buat.”

Azharudin Abdullah, 38, atau oden, kini berbangga dengan hasil yang diperoleh.

Azharudin sudah 13 tahun berkecimpung dalam dunia lukisan.

Katanya, dia meminati dunia lukisan sejak dari kecil lagi.

“Kalau secara rasminya baru 13 tahun. Sebelum saya full time karikatur artist saya buat animasi pelukis animasi di Kelantan juga. Komik kita ada pelukis gila-gila lepas tu pelukis-pelukis karikatur juga lah. Macam saya sebelum hak ni saya buat animasi, jadi daripada basic animasi tu kita buat kartun lukis kartun jadi kartun kita convert karikatur jadi macam ni lah. Jadi kita boleh run sendiri lah.

“Memang minat dari kecil minat melukis minat kartun minat baca komik tengok kartun.”

Katanya, para pelukis biasanya melukis di galeri pada sebelah siang manakala mereka akan dijemput untuk melukis di dataran mara, kota bharu pada sebelah malam.

“Harga tu kalau kita turun promosi macam gini kan kita bermula dengan harga murah lah harga rm10 hitam putih saiz A3 rm10 sketch di depan, kalau kaler rm40 rm50 ke atas. Kalau harga biasa sketch saja rm50 standard saiz a3, maknanya bila kita ada event turun promosi dijemput untuk promosi event mana-mana harga rm10. Untuk hari ini sahaja contoh event hari ini untuk hari ini sehari, sehari lah maknanya pengunjung hak mari tu akan dapat harga promosi tu lah rm10.

“Pendapatan ok, sebab saya full time memang full time buat karikatur.”

Menurut Azharudin, sebuah karya untuk menghasilkan karikatur bersaiz A3 dan hitam putih mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk disiapkan.

Katanya dia dan rakan-rakan berkongsi galeri dan ia dijadikan sebuah hub bagi semua pelukis dan penggiat seni di Kelantan.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here