COATZACOALCOS: Lebih 13 mayat ditemui dalam sebuah peti sejuk di sebuah wilayah di Mexico yang kerap menyaksikan keganasan kartel dadah, kata pihak berkuasa semalam.
Memetik laporan AFP menerusi BH Online pihak polis menahan enam suspek selepas penemuan mengerikan itu di bandar Poza Rica di negeri Veracruz di timur, kata pendakwa raya, Veronica Hernandez, kepada pemberita.
Menurutnya, siasatan awal menunjukkan wujud kemungkinan terdapat lebih daripada 13 mayat dalam peti sejuk berkenaan.
Polis terjumpa mayat berkenaan Ahad apabila seorang suspek yang mereka kejar memasuki bangunan di mana tiga mangsa culik disembunyikan, kata seorang pegawai yang enggan dikenali kepada AFP.
Polis kemudian melancarkan operasi di kawasan berkenaan dan menemui lebih banyak mayat di lokasi berbeza.
Veracruz adalah antara wilayah paling berbahaya lagi ganas di Mexico kerana kerap berlaku pertempuran antara kartel dadah yang mahu menguasai laluan pasaran dadah lumayan di Amerika Syarikat (AS).
Negara Amerika Latin itu merekodkan lebih 400,000 pembunuhan sejak tentera melancarkan operasi anti dadah yang penuh kontroversi pada 2006.
Selain itu, sekurang-kurangnya 110,000 orang dilaporkan hilang sejak 1962, kadar tertinggi dikaitkan kepada suatu pertubuhan jenayah. – AFP, BH Online –
Imedikel TV






