Home Buletin Semasa NAMA TIGA CALON MB KELANTAN DIHANTAR KEPADA ABDUL HADI

NAMA TIGA CALON MB KELANTAN DIHANTAR KEPADA ABDUL HADI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

TUMPAT: PAS Kelantan akan serahkan tiga nama calon Menteri Besar Kelantan selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) 15 malam ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata pemilihan calon itu akan dihantar kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Biasanya kita akan hantar kepada Presiden dan akan membuat pengkhususan dan kita akan hantar ke Bawah Duli Sultan Kelantan untuk mendapat ampun permohonan.

“Biasa selepas buat keputusan lah. Kita dapat berapa kerusi, kita menang atau tak menang dulu, kena calon mana yang harus kita ambil.

“Tiga nama lah sekurang-kurangnya, biasa tiga lah. Ataupun lebih kurang. Ikut kadang-kadang mengikut kelayakan sebab untuk menjadi seorang MB bukan mudah. Itu tanggungjawab berat,” katanya kepada pemberita selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, di sini, petang tadi.

Mengikut rekod, Ahmad dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan bermula Mei 2013.

Ahmad berkata, beliau sudah menyatakan hasrat tersebut kepada Presiden PAS sebelum ini.

“Tak nak jadi MB sebab sebenarnya saya sudah menghantar sebelum ini dan saya sentiasa keuzuran. Dan saya telah dua kali jatuh. Jadi ini kemungkinan ada sikit dan juga masalah jantung,”katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here