Home Buletin Semasa SERU ANAK MUDA KELUAR MENGUNDI – MB KELANTAN

SERU ANAK MUDA KELUAR MENGUNDI – MB KELANTAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

TUMPAT: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob tiba di Pusat Pembuangan Undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, di sini jam 3.20 petang.

Ahmad yang juga calon PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, berkata beliau memohon maaf atas kelewatan mengundi berikutan hadir ke majlis perkahwinan salah seorang saudaranya terlebih dahulu.

“Pertama minta maaf kerana membuat rakan wartawan menunggu. Saya alhamdulillah sudah membuang undi. InsyaAllah saya menyeru yang mana masih belum membuang undi datang ke pusat pembuangan undi untuk mengundi,”katanya kepada pemberita selepas membuang undi, di sini, hari ini.

Menurut Ahmad, beliau berharap peratusan pengundi yang keluar mengundi sebanyak 70 peratus memandangkan perjalanan proses tersebut agak perlahan.

“Saya tekankan supaya, seboleh-bolehnya keluarlah mengundi. Sekurang-kurangnya kita dapat 70 peratus.

“Kalau tadi saluran 5 dan 6 kerana mungkin anak muda ni dia rehat dulu pagi. InsyaAllah ana rasa petang ini akan keluar membuang undi,”katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here