Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kubang Kerian, Rahim Hassan lebih mengutamakan parti berbanding dengan calon.
Rahim berkata walaupun calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.18 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh, Aina Sayuty adalah calon luar, tetapi sokongan ke atas parti sangat penting.
“Walaupun calon tu datang dari luar abah sebagai Ketua Cabang PKR Kubang Kerian dan menetap dan orang tempatan di sini tetap menyokong calon-calon yang telah diperturunkan oleh Presiden.
“Sebenarnya perjuangan kita ni bukan kerana calon adalah kerana parti lambang kita tu lebih utama dan Kerjasama dan saya sebagai Ketua Cabang dan jentera jawatankuasa saya telah digerakkan untuk membantu calon ini untuk kemenangan parti kita dalam pemilihan kali ini.
“Semoga calon kita akan mendapat kemenangan lah. Diutamakan parti daripada calon. Calon boleh datang dan pergi dan parti politik adalah kekal untuk selama-lamanya. Saya tetap menyikong dan bekerjasama dengan calon,”katanya ketika ditemui, di sini.
Menurut Rahim, disebabkan calon DUN Pasir Tumboh dari luar, beliau perlu bekerja keras untuk memperoleh kemenangan.
“Potensi tu daripada gerak kerja calon, tapi calon tu kena kerja lebih keras dan bantuan jawatankuasa yangada akan kena berusaha sebab dia daripada luar tidak dikenali, dia kena berusaha lebih lah untuk mengejar kemenangan, kena lipat ganda darip[ada biasa. Alhamdulillah dengan kerja-kerja yang dia telah buat tu nampak satu keupayaan satu petanda baiklah,”katanya.
Imedikel TV






