Home Buletin Semasa PEGAWAI, ANGGOTA TENTERA KELUAR UNDI AWAL

PEGAWAI, ANGGOTA TENTERA KELUAR UNDI AWAL

330
0

Oleh: Afrizam Arif, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Kelantan terus mendahului peratusan keluar mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan merekodkan sekitar 90 peratus setakat pukul 3 petang semalam.

Pengundian awal ini melibatkan tentera dan polis di enam negeri yang terlibat dengan PRN iaitu Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Pasukan keselamatan undi awal terlibat ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan mereka.

Selain undi awal, sebelum ini kebanyakan tentera di negeri ini sudah menjalankan undi pos dan pada semalam hanya pegawai dan anggota bertugas, pasangan dan ahli keluarga keluar mengundi.

Bagi pengundi awal, Nor Azira Ismail, 30 isteri kepada anggota tentera Kem Desa Pahlawan hadir membuang undi di Pusat Mengundi Awal Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Pahlawan, Kok Lanas.

Dia yang berasal dari Selangor berkata cuaca cerah mengizinkannya keluar mengundi di situ pada jam 12 tengahari, semalam.

“Saya gembira kerana dapat melaksanakan tanggung jawab sebagai rakyat yang memilih pemimpin.

“Diharap pemimpin terpilih dapat melaksanakan tugas dan membantu rakyat sebaik-baiknya mengikut amanah yang diberikan,” katanya.

Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 97,388 individu terdiri daripada anggota dan pegawai ATM dan polis bersama pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, semalam.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here