Home Luar Negara FILIPINA TUDUH CHINA HADANG KAPAL DI LAUT CHINA SELATAN

FILIPINA TUDUH CHINA HADANG KAPAL DI LAUT CHINA SELATAN

144
0

MANILA: Pengawal Pantai China dituduh oleh Filipina hari ini kerana menghadang dan melepaskan tembakan meriam air terhadap sebuah kapal bekalan tentera Filipina di Laut China Selatan, sekali gus Filipina mengutuk tindakan itu yang disifatkannya sebagai ‘melampau serta ofensif’.

China menuntut kedaulatan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan, namun perkara itu ditolak pelbagai pihak antarabangsa, manakala Malaysia, Vietnam, Brunei, Taiwan dan Filipina menuntut kawasan tertentu.

“Pada Sabtu, sebuah kapal Pengawal Pantai China menghadang serta melepaskan tembakan meriam air terhadap kapal Filipina sewaan khas yang sedang dalam misi rutin membabitkan pembekalan semula dan penggiliran tentera.

“Tindakan itu dilakukan tanpa menghiraukan keselamatan orang yang berada di atas kapal terbabit, selain melanggar undang-undang antarabangsa,” dakwa Angkatan Tentera Filipina dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, kejadian berlaku berhampiran Beting Second Thomas yang dipanggil Manila sebagai Beting Ayungin di mana sejumlah tenteranya tinggal di dalam sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) era Perang Dunia Kedua yang sengaja didaratkan pada 1999.

Setakat ini, Kedutaan China di Manila tidak memberi respons kepada permintaan untuk komen. – REUTERS, BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here