Home Buletin Semasa SEMANGAT SETIAKAWAN BENTUK NEGARA PERPADUAN- CHUA HOCK KUAN

SEMANGAT SETIAKAWAN BENTUK NEGARA PERPADUAN- CHUA HOCK KUAN

Oleh: Afrizam Arif, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Chua Hock Kuan menyifatkan sikap setiakawan dan semangat juang tinggi harus ada dalam diri setiap pemimpin dalam parti.

Hock Kuan yang juga bekas calon bagi DUN Kota Lama bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berkata sikap tersebut bukan hanya retorik politik semata-mata untuk memancing hati pengundi pada musim Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda MCA Kelantan turut sama turun padang membantu calon Barisan Nasional (BN) DUN Bunut Payung, Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin dalam berkempen.

Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Chua Hock Kuan turun padang membantu calon BN DUN Bunut Payong, Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin dalam berkempen.

“Usaha ini menjadi tangungjawab bagi memastikan kempen kali ini memerlukan komitmen dan keterlibatan sepenuhnya setiap ahli walaupun calon adalah datang dari parti komponen dalam gabungan.

“Langkah turun padang ini memudahkan kaedah komunikasi antara calon bersama pengundi Cina, selain menambah kemesraan pelbagai kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Menyantuni Hampir 100 Premis Milik Peniaga Kaum Cina, di sini, Khamis lalu.

Hock Kuan yang juga Ketua Bahagian MCA Kota Bharu turut menyifatkan DUN Bunut Payong adalah antara DUN yang mempunyai hampir separuh pengundi adalah terdiri daripada masyarakat yang berketurunan Cina.

Hock Kuan dan Mohamed Hasnan menyantuni hampir 100 premis milik peniaga kaum Cina, di sini.

Ditanya mengenai peratusan calon BN memenangi PRN Kelantan, beliau yang berpengalaman dalam bidang politik menyifatkan arus perubahan pasti berlaku pada pilihan raya kali ini.

“Apabila kita bergabung melibatkan tiga parti dalam PH (iaitu BN, PKR dan Amanah) berbanding dulu hanya BN sahaja, sudah semestinya akan berlaku perubahan.

“Perubahan ini boleh jadi dari segi bilangan undi, sama ada menang atau cukup atau tidak cukup, itu soal kedua, tetapi paling penting kerjasama ketiga-tiga parti,” katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here