Home Sukan AWANG KENIT LAWAN AWANG GERGASI

AWANG KENIT LAWAN AWANG GERGASI

290
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan HMetro pengendali Kuala Lumpur Rovers FC (KL Rovers), Wan Mustaffa Wan Ismail mengibaratkan pasukannya umpama awang kenit yang bakal turun menentang Terengganu FC yang berstatus awang gergasi pada aksi pusingan 16 terbaik Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, malam esok.

Jelas bekas penolong jurulatih skuad Harimau Malaya itu, anak buahnya bakal turun sebagai pasukan ‘underdog’ biarpun dianggap pencabar yang mampu mengejutkan skuad Penyu itu nanti.

Katanya, meskipun rekod cemerlang diperagakan pemainnya dalam saingan Liga M3 apabila tidak pernah tewas dalam 14 aksi setakat ini, pentas Piala Malaysia baginya cukup berbeza apatah lagi lawan bakal diperkuatkan dengan kehadiran tonggak import.

“Pasukan kita langsung tidak ada pemain import, tetapi Terengganu FC ada import yang bagus-bagus dan itu menunjukkan jurang antara kedua-dua pasukan. Kita umpama awang kenit nak lawan awang gergasi.

“Tetapi kita akan turun dengan semangat tinggi dan saya selalu pesan kepada pemain supaya beri lebih 100 peratus kerana inilah peluang buat mereka mencuri perhatian kelab-kelab besar untuk dapatkan khidmat mereka musim depan.

“Jadi kita akan turun dengan corak permainan sama (dalam Liga M3) macam yang kita buat di mana kita tak pernah tewas dalam 14 perlawanan dan duduk di puncak liga ketika ini. Perkara sama kita akan gunakan bila lawan Terengganu nanti,” katanya kepada Arena Metro.

Ujarnya lagi, beliau tidak akan mengubah kepada taktikal bertahan atau parking bas.

“Kita takkan parking bas semata-mata nak menang dengan Terengganu. Kita akan main macam biasa, cuma saya cakap mereka kena berusaha lebih lagi untuk buat kejutan ke atas lawan nanti,” katanya.

Sumber HMetro

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here