Home Luar Negara TAUFAN KHANUN BADAI OKINAWA

TAUFAN KHANUN BADAI OKINAWA

185
0

TOKYO: Dua lagi kematian dilaporkan Xinhua pada khamis dalam Taufan Khanun yang membawa ribut hujan membadai wilayah Okinawa, Jepun pada Rabu.

Seorang pegawai berkata, 24 peratus isi rumah terputus bekalan elektrik akibat Khanun taufan keenam yang membadai pada tahun ini.

Seorang wanita berusia 89 tahun di bandar Uruma meninggal dunia akibat melecur selepas lilin yang digunakan semasa bekalan elektrik terputus menyebabkan kebakaran.

Terdahulu pada Rabu, seorang lelaki berusia 90 tahun meninggal dunia di hospital selepas terperangkap di bawah runtuhan garaj di kediamannya.

Sehingga tengah hari Khamis, kira-kira 61 orang cedera. Lampu isyarat juga tidak berfungsi di beberapa kawasan di Okinawa, menurut media tempatan.

Sekurang-kurangnya 314 penerbangan dan lebih 40,000 penumpang terjejas, lapor penyiar nasional NHK.

Ribut itu mempunyai tekanan atmosfera 940 hektopaskal di tengah putarannya, membawa angin lima meter sesaat, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Khamis.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai di Okinawa supaya berjaga-jaga ketika Taufan Khanun menghampiri Pulau Miyakojima.

Sementara itu, pegawai cuaca berkata, jumlah hujan hingga Ahad di Hokkaido boleh melebihi purata bulanan pada Ogos, manakala Okinawa dan Pulau Amami-Oshima di wilayah Kagoshima diramal mengalami hujan lebih lebat.

Agensi cuaca juga menggesa orang ramai supaya berwaspada terhadap peningkatan paras air sungai serta banjir di kawasan rendah. -Xinhua-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here