Home Luar Negara LETUPAN BAHAN KIMIA PELURU BERPANDU DI TAIWAN

LETUPAN BAHAN KIMIA PELURU BERPANDU DI TAIWAN

208
0

TAIWAN: Empat orang cedera, seorang daripadanya kritikal akibat melecur lebih 90 peratus dalam letupan di pangkalan peluru berpandu di Daerah Pingtung hari ini

Kejadian itu berlaku pada jam 10 pagi di pangkalan Jiupeng, yang diurus oleh Institut Sains dan Teknologi Kebangsaan Chung-Shan, sebuah unit penyelidikan tentera terkemuka di Taiwan.

Empat individu yang cedera dilaporkan mengendalikan bahan kimia propelan peluru berpandu ketika letupan berlaku.

Mereka segera dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan, lapor Agensi Berita Pusat Taiwan memetik kenyataan institut itu.

Jurucakap Pejabat Presiden Taiwan Lin Yu-chan berkata, punca letupan masih belum dapat ditentukan, sambil menambah presiden negara itu meminta siasatan segera dilakukan. – BERNAMA-CNA

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here