Home Buletin Semasa KOPERASI TENTERA DIJANGKA BERI PINJAMAN PEMBIAYAAN PADA ORANG AWAM HUJUNG TAHUN INI

KOPERASI TENTERA DIJANGKA BERI PINJAMAN PEMBIAYAAN PADA ORANG AWAM HUJUNG TAHUN INI

290
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Koperasi Tentera (KT) kini dijangka akan membuka peluang kepada orang awam untuk membuat pinjaman pembiayaan bermula hujung tahun ini.

Pengerusinya, Brigedier Jeneral Roba’i Rahmat, berkata koperasi itu menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan seperti pembiayaan, Insurans Takaful serta Ar-Rahnu kepada orang awam bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi.

Sesi bergambar pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama pengerusi Koperasi Tentera (KT).

“Setakat ini, kita sedang usahakan untuk memberi peluang pada orang awam tapi inshaallah ia dijangka dilaksanakan pada hujung tahun ini namun jumlah pinjaman itu masih dalam kajian pihak kami,”katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Koperasi Tentera Cawangan Kota Bharu dan Ar-Rahnu KT di H Elite Hotel, di sini, hari ini.

Beliau berkata, koperasi itu mensasarkan untuk melebarkan model kejayaan dengan menawarkan produk kewangan yang menarik kepada Pasaran Bukan Anggota.

“Perkhidmatan Ar-Rahnu juga terbuka bukan sahaja kepada anggota koperasi sahaja namun juga memberi peluang kepada peniaga kecil untuk mengambil peluang menggadai emas.”katanya.

Terdahulu beliau merasmikan cawangan Ar-Rahnu KT ke-9 yang kini dibuka di Kota Bharu.

Pengerusi Koperasi Tentera, Brigedier Jeneral Roba’i Rahmat merasmikan koperasi tentera cawangan Kota Bharu dan Ar-Rahnu KT.

“Ar-Rahnu merupakan inisiatif KT dalam menyediakan saluran pinjaman tunai berlandaskan syariah kepada pelanggannya.”katanya.

Tambahnya, Ar-Rahnu turut menawarkan pinjaman sehingga 70 peratus daripada nilai emas, upah simpan serendah 55 sen dan perkhidmatan cucian secara percuma.

Mengulas lanjut, setakat ini, sebanyak 23 cawangan KT, 2 kiosk dan sembilan cawangan Ar-Rahnu dibuka di seluruh Malaysia.

ImedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here