Home Buletin Semasa KES MELECUR DI HUSM MENINGKAT

KES MELECUR DI HUSM MENINGKAT

211
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KUBANG KERIAN: Perkembangan terbaru dalam rawatan luka dan kelecuran amat diperlukan buat masa ini.

Dilaporkan sebanyak 153 kes pesakit melecur dan 2,130 kes untuk rawatan jagaan harian di Unit Rawatan Kebakaran di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi tahun 2020-2022.

Menurut kenyataan media, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang kerian, berdasarkan statistik HUSM, kes yang membabitkan pesakit kelecuran semakin meningkat saban tahun.

Justeru, satu persidangan 4th International Burn and Wound 2023 diadakan bagi meningkatkan pengetahuan doktor, pakar dan pengamal perubatan di samping menyelaras semula perkembangan terkini berkenaan perawatan luka dan kelecuran bagi meningkatkan kompentensi pengamal perubatan dalam memberi rawatan yang optimum dan efisyen kepada pesakit.

Selain itu, persidangan itu juga akan memperkenalkan rawatan yang disediakan di Unit Rawatan Kebakaran HUSM iaitu Perkhidmatan Epidermal Kultur Autograf (Cultured Epidermal Autograft) iaitu pembinaan kulit secara “in vitro” (pengeluaran kulit pesakit lecuran itu sendiri di dalam makmal).

Rawatan melalui teknologi kejuruteraan tisu ini adalah alternatif kepada rawatan piawai tampalan kulit (split skin graft) kepada pesakit yang mengalami luka dan kelecuran yang menyeluruh serta mengalami kesukaran untuk mendapatkan graf kulit sihat.

Persidangan ini anjuran Unit Sains Rekonstruktif, USM dan Unit Rawatan Kebakaran HUSM dengan Kerjasama Unit Pembedahan Plastik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), ‘Malaysian Society of Plastic and Reconstructive Surgery’ (MSPRS) dan ‘Malaysian Society for Burn Injury’ (MSBI) yang akan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin pada 4 Ogos, 9 pagi, di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, di sini.

Persidangan itu berlangsung dari 3 hingga 6 Ogos iaitu Khamis hingga Ahad. – Pusat Media & Perhubungan Awam, HUSM –

ImedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here