Home Buletin Semasa KPT TURUN PADANG JUMPA PEKEBUN KECIL MENGENAI ISU HARGA GETAH RENDAH

KPT TURUN PADANG JUMPA PEKEBUN KECIL MENGENAI ISU HARGA GETAH RENDAH

171
0
IPOH, 19 September 2022 - AHMAD Ali menoreh di kebun getah di Kampung Kuang Tengah, Chemor dekat Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Baru-baru ini tular video seorang penoreh getah mengeluh mengenai harga getah yang rendah dan meminta pihak kerajaan untuk meningkat harga getah.

Menurut kenyataan media Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), pihaknya mengambil maklum akan penularan video terbabit dan satu pertemuan antara pihak Kementerian dan pengadu telah diadakan pada 30 Julai 2023 bagi mendengar keluhan dan menangani permasalahan yang dihadapi.

Hasil positif daripada pertemuan ini, masalah pekebun kecil berkenaan telah diselesaikan secara terus di mana Permit Autoriti Transaksi Getah atau PAT-G beliau telah diperbaharui yang melayakkan beliau untuk menerima bantuan IPG dan bantuan-bantuan Kerajaan yang berkaitan.

Kerajaan amat prihatin dan sentiasa melipat ganda usaha bagi membantu pekebun kecil getah dari semasa ke semasa.

Kementerian dan Agensi terlibat telah memperhalusi cadangan kenaikan Paras Harga Pengaktifan (PHP) Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan bantuan-bantuan lain yang bersesuaian untuk diagihkan kepada pekebun kecil, mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh sektor getah pada masa kini.

Pekebun kecil adalah disyaratkan untuk memiliki PAT-G yang dikeluarkan oleh LGM secara percuma bagi sebarang aktiviti urus niaga getah dan sebagai syarat untuk pemberian insentif dan bantuan.

Bagi memudahkan urus niaga di peringkat pekebun kecil, LGM juga telah mewajibkan penggunaan RRIMNiaga kepada pelesen getah.

Selain itu, rekod transaksi urusniaga adalah lebih telus dan proses penyaluran bantuan adalah lebih mudah kerana dapat dilakukan secara automatik dan pembayaran insentif akan disalurkan terus kepada akaun bank pekebun kecil.

Menurut kenyataan itu, dengan usaha ini, pekebun kecil tersebut akan menikmati insentif IPG yang telah dinaikkan daripada RM 2.50 sekilogram kepada RM2.70 sekilogram bermula Januari 2023.

Ini adalah inisiatif Kerajaan untuk menangani isu kejatuhan harga dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil bagi meringankan beban mereka.

Kenaikan PHP sebanyak RM 0.20 sen ini memastikan pekebun kecil akan menerima hasil penjualan cuplump tidak kurang RM 2.70 sekilogram. Sejak IPG mula dilaksanakan pada September 2015 sehingga 30 Jun 2023, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM457,526,196 juta bagi pembayaran IPG.

Kerajaan amat prihatin mengenai isu kejatuhan harga getah dan sentiasa proaktif dalam memastikan aktiviti-aktiviti di atas dipertingkatkan agar dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh pekebun kecil khususnya semasa kejatuhan harga getah.

Kerajaan juga amat menggalakkan pekebun kecil untuk segera berdaftar dengan LGM melalui PAT-G bagi menikmati insentif dan bantuan Kerajaan. – KPT , UTUSAN MALAYSIA –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here