Home Buletin Semasa MASALAH AIR AKAN DISELESAIKAN-MB KELANTAN

MASALAH AIR AKAN DISELESAIKAN-MB KELANTAN

176
0

Oleh: Nik Nurzakia Abdullah, Wartawan ImedikelTV

TANAH MERAH: Isu masalah air di Kelantan bagaikan tiada penghujungnya. Rata-rata rakyat di negeri ini sentiasa menyuarakan kebimbangan bagi masalah tersebut.

Namun, ia akan diselesaikan mengikut program yang ditawarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN), di sini.

Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata program yang ditawarkan itu adalah untuk menyelesaikan masalah air.


“Selesai kita hantar air ke mana-mana kawasan yang tekanan rendah bukan tak ada air kawasan rendah tekanan kita terpaksa, kalau kita run dia pecah paip. Itu masalahnya kawasan penghujung yang tak sampai air kita hantar air. Insyaallah selesai,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas pelancaran Program PN Kelantan, di Dataran Majlis Daerah, di sini, semalam.

Mengulas lanjut Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, untuk manifesto pilihan raya umum (PRU) 14, pihaknya berjaya menyelesaikan sebanyak 98 peratus.


“Yang lepas kita dah berjaya menyempurnakan tawaran kita sebelum ni iaitu pilihan raya ke 14 sebanyak 98 peratus cuma dua peratus tak dapat kita selesaikan. Jadi alhamdulillah daripada kesinambungannya kita sambung kali ni demi untuk kebajikan dan kebaikan rakyat Kelantan. Walaupun peringkat negeri kita merangka mengikut keupayaan kita”,katanya.

Bertemakan “Kelantan Maju Rakyat Sejahtera” PN Kelantan menawarkan sebanyak 18 tawaran.

“Kita berjaya malam ini melancar program perikatan nasional kelantan dan kita menawarkan sebanyak 18 tawaran dan ada 96 aktiviti atau program yang akan dilaksanakan untuk sepanjang 5 tahun akan datang.”

Ini termasuk Pembangunan Sosio Ekonomi; Pembangunan Bekalan Air Bersih; Pembangunan Insaniah; Pembangunan Pendidikan dan Kemahiran; Pembangunan Wanita; Pembangunan Keluarga dan Masyarakat; Anak Muda Bermaruah; Kecaknaan Insan Istimewa; Perluasan Prasarana Digital; Memajukan Produktiviti Pertanian; Melestari Alam Sekitar; Ihtifari Tadbir Urus; Kesejahteraan Rakyat; Seni Budaya dan Warisan Kelantan; Kesukanan dan Rekreasi; mengukuhkan hubungan antara kaum; cakna perantau dan kebersamaan NGO.


Beliau berkata program yang dikemukakan bukan sekadar cakap kosong.


“Itu sebenarnya bukan retorik. Benda betul cuma bergantung kepada keupayaan kita kecuali mari benda-benda luar biasa seperti covid dan sebagainya”. Katanya pihaknya mengemukakan program ini untuk kebajikan dan kebaikan rakyat kelantan.

ImedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here