Home Luar Negara JUMLAH PATI MENYEBERANGI DARIEN GAP MENINGKAT – PANAMA

JUMLAH PATI MENYEBERANGI DARIEN GAP MENINGKAT – PANAMA

176
0

PANAMA: Menurut laporan AFP menerusi berita harian, walaupun berbahaya, Darien Gap sepanjang 265 kilometer (KM) di sepanjang sempadan Panama-Colombia itu menjadi laluan utama bagi PATI dari Amerika Selatan menuju ke Amerika Syarikat (AS).

Timbalan pengarah migrasi Panama, Maria Isabel Saravia, berkata sehingga ahad lalu, seramai 248,901 PATI merentasi laluan berbahaya itu.

Angka itu melebihi jumlah tahun lalu dengan lebih 600 orang dan menghampiri dua kali ganda jumlah keseluruhan 133,000 pati pada 2021.

Menteri keselamatan awam Panama, Juan Manuel Pino, memberi amaran bahawa jumlah pendatang yang melalui Darien Gap boleh mencecah 400,000 menjelang akhir tahun ini.

Mereka yang melintasi laluan itu terpaksa berdepan dengan haiwan liar, sungai dan kumpulan penjenayah yang merompak pendatang atau menuntut wang untuk membawa mereka melalui hutan.

Pihak berkuasa Panama tidak mengetahui jumlah sebenar pati yang mati di kawasan hutan tebal itu, berikutan kebanyakan kematian tidak dilaporkan.

Lebih 20 peratus daripada PATI yang direkodkan setakat tahun ini adalah kanak-kanak dan remaja, separuh daripadanya berumur lima tahun atau lebih muda, manakala lebih 100,000 pendatang adalah warga Venezuela.

Turut melalui laluan itu ialah kira-kira 33,000 warga haiti, 25,000 warga Ecuador dan 8,500 dari China.

AS memberi amaran beberapa bulan lalu bahawa ia tidak akan membenarkan akses kepada sesiapa yang melintas ke panama tanpa kebenaran sewajarnya. – BH Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here