Home Buletin Semasa KELANTAN NAFI PERUNTUKAN BANJIR HANYA DIAGIHKAN KEPADA MANGSA TERTENTU

KELANTAN NAFI PERUNTUKAN BANJIR HANYA DIAGIHKAN KEPADA MANGSA TERTENTU

213
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

TANAH MERAH: Kelantan menafikan dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan peruntukan bantuan banjir hanya diagihkan kepada mangsa tertentu sahaja.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata bantuan itu sudah diagihkan kepada mangsa banjir yang terdapat dalam senarai.

“Kita memberi secara umum tak kita lah parti rakyat kita. Kita bagi, mana yang tersenarai dapat. Yang dapat awalnya yang bertindak, yang tak berpindah pun dapat. Cuma mereka ni akan dapat lambat sikit.

“Setakat ini, bantuan berkenaan diagihkan terus kepada mangsa banjir melalui Pegawai Jajahan dan Daerah masing-masing. Yang mana tersenarai semua dapat,” beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ceramah dan Pelancaran Program Perikatan Nasional (PN) “Kelantan Maju Rakyat Sejahtera”, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan PAS didakwa tidak berlaku adil berhubung agihan bantuan kepada mangsa banjir negeri Disember lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata agihan hanya diberikan kepada penyokong PAS.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here