Home Politik PAS TIADA SAINGAN SENGIT

PAS TIADA SAINGAN SENGIT

201
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

TUMPAT: Calon PAS N03 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob, berkata pertandingan satu lawan satu dari calon Perikatan Nasional (PN) – PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak memberi saingan yang sengit kepadanya.

Beliau berkata, penamaan calon terhadap dua penjuru yang bertanding pada hari ini berjalan dengan lancar.

“Dari segi saingan semuanya sama kerana kita semua bersahabat dan sudah kenal dalam masa yang lama.

“Saya juga berharap penyokong terhadap dua penjuru ini bersifat secara terbuka dan demokrasi supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penamaan Calon di Pusat Penamaan Calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Falahiah, Pasir Pekan, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya bergerak mengikut susunan yang telah dirangka selama ini supaya perjalanan kempen berjalan berlaku dengan baik mengikut susunan parti.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here