Home Politik ” Saya tidak serik”-IZAT BUKHARY CALON BEBAS DUN KOTA LAMA.

” Saya tidak serik”-IZAT BUKHARY CALON BEBAS DUN KOTA LAMA.

202
0

KOTA BHARU: Tidak serik untuk mencalonkan diri, calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary menjadi calon bagi DUN( Dewan Undangan Negeri) Kota Lama untuk PRN ke-15 ( Pilihan Raya Negeri ke 15) kali ini. Izat hadir seawal jam 7.30 bagi Penamaan calon yang berpusat di Dewan Jubli Perak Kota Bharu.

Menurut calon yang menggunakan logo Pen itu, beliau sudah kali ketujuh mencalonkan diri namun masih tiada kemenangan yang dicapai olehnya dan ini kali kedua beliau menjadi calon bagi DUN Kota Lama.

“Sepanjang 33 tahun tiada perubahan apa-apa pun, jadi faham sendirilah, saya nak buat perubahan jika saya menang,”

“Saya datang hari ini saya buat kerja saya dan saya serahkan kepada pengundi untuk menilai sendiri dan saya tetap dengan perjuangan saya, walaupun saya tahu dekat Kelantan siapa yang akan menang tapi saya datang juga untuk memastikan tanggungjawab saya selesai,” beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa penamaan calon di Dewa Jubli Perak kota Bharu di sini hari ini.

Anak kelahiran Kota Lama itu berkata, Beliau tahu apa yang dikehendaki dan diinginkan oleh penduduk DUN disini akan tetapi Izat berkata beliau tidak mahu menjanjikan apa-apa, namun berharap untuk menang di DUN berkenaan.

“Saya menjadi calon kerana mendapat sokongan keluarga, di samping mahu mencurahkan bakti kepada masyarakat,” katanya.

Izat berkata beliau pernah tampil menjadi calon DUN Kota Lama berkata, selama 11 tahun ini beliau menjadi calon di DUN Pengkalan Kubor sebanyak dua Kali, DUN Chempaka, PRN di DUN Kota Lama, Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen Kota Bharu pada PRU15 dan Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau yang juga bapa kepada tujuh anak itu berharap pengundi di Kota Lama menilai sendiri dengan memilih calon yang sesuai.

Beliau tidak berputus asa dan mengambil keputusan mencuba nasib bertanding pada kali ini kerana mahu membuat perubahan di Kota Lama.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here