Home Politik FAUZI NAWAWI CURI TUMPUAN

FAUZI NAWAWI CURI TUMPUAN

201
0

Oleh:Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan I Medikel TV

PASIR MAS: Pelakon terkenal Fauzi Nawawi, mencuri tumpuan apabila mengiringi calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong, Datuk Seri Suzainal Adnan Sukri, di sini, hari ini.

Fauzi yang juga pengarah dilihat menemani Suzainal bersama penyokong parti Bebas tersebut.

“Saya ke sini untuk menyokong kawan saya yang dikenali lebih kurang 10 tahun.

“Dia pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) sebelum ni, saya nampak komitmen dan sifat bertanggungjawabnya sebab itu saya datang untuk menyokong personalitinya.

“Kalau beliau masuk mana-mana parti selepas ini, saya pasti beliau akan berjaya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya dia sampai di Kelantan pada malam semalam dan menetap di
sebuah hotel di Kota Bharu.

Setakat ini DUN Tendong berdepan dengan tiga penjuru iaitu Suzainal mewakili calon Bebas, Rozi Muhamad (Perikatan Nasional – PAS) dan Noor Hariri Mohamed Nor (Barisan Nasional – UMNO).

Hari Mengundi untuk Pilihan Raya raya Negeri (PRN) 15 adalah pada 12 Ogos ini.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here