Home Buletin Semasa MALAYSIA DIIKTIRAF NEGARA TERBAIK ASIA TENGGARA – RAFIZI

MALAYSIA DIIKTIRAF NEGARA TERBAIK ASIA TENGGARA – RAFIZI

432
0

Malaysia telah diiktiraf sebagai negara terbaik di Asia Tenggara dalam Indeks Peralihan Tenaga (Energy Transition Index) oleh World Economic Forum baru-baru ini.

Menurut kenyataan media, indeks tersebut mengambil kira prestasi sistem dan kesediaan negara untuk beralih ke sumber tenaga yang lebih mesra alam.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pencapaian ini menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan yang tepat bagi pengurusan peralihan tenaga yang pantas, selamat dan berpatutan.

Selain itu, Malaysia juga mempunyai pelbagai kelebihan strategik seperti lokasi yang strategik, sumber tenaga boleh baharu (TBB) yang pelbagai dan tahap kemahiran yang tinggi untuk menjadi peneraju serantau dalam bidang peralihan tenaga.

Malaysia dijangka mampu meraih peluang untuk menarik pelaburan global dalam sektor teknologi bersih yang telah mencecah RM 5 trillion pada 2022. Nilai ini dijangka akan terus meningkat pada tahun-tahun mendatang.

Pada 27 Julai 2023, Kementerian Ekonomi akan meluncurkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (National Energy Transition Roadmap, NETR) Fasa 1 semasa program Invest Malaysia KL 2023 Special Series anjuran Bursa Malaysia dengan kerjasama CLSA dan Maybank di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur. – Kenyataan Media Menteri Ekonomi –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here