Home Buletin Semasa PENIAGA KECIL TERJEJAS EKORAN KENAIKAN HARGA BARANG

PENIAGA KECIL TERJEJAS EKORAN KENAIKAN HARGA BARANG

273
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan IMedikel TV

KOTA BHARU: Cabaran bagi rakyat negara ini dengan ekonomi yang membimbangkan dengan kos barang yang semakin meningkat.

Situasi ekonomi pada masa kini menjejaskan bukan sahaja pembeli, namun antara yang paling terkesan adalah peniaga khususnya.

Seorang peniaga kerepek, Ann Lyanna Rosli, 32, perniagaannya semakin merosot akibat kenaikan harga barang.

Ann Lyanna Rosli, 32, berharap agar harga barang turun

“Sekarang berniaga ada pasang surutnya. Boleh dikatakan sangat teruk, nak pusing modal pun susah sangat. Lagipun, pelanggan juga berkuranagn dengan keadaan situasi ekonomi yang semakin mendadak naik harga.

“Kalau nak ikutkan, nak dapat satu hari jualan pun susah, dalam seminggu ada la dua atau tiga orang membeli kadang seminggu pu tak ada jualann. Dalam sebulan tu pun kadang hanya dapat RM100 saja,”katanya.

Ann yang sudah berniaga sejak 2014 berharap agar pihak kerajaan dapat menurunkan harga barang dan mengawal kenaikan harga barang.

“Saya berharap jualan kerepek saya ni akan bertambah ramai pembeli dan tidak lagi berkurangan dan mendapat sambutan. Saya juga berharap jualan kerepek saya ni bertambah maju lagi,”katanya.

Pengusaha bidang bakery, Tyrah Shaifulazman berkata dia berniaga macam biasa walaupun keadaan ekonomi sekarang agak tidak menentu.

Tyrah Shaifulazman berharap peniaga kecil dapat mempertahankan perniagaan masing-masing.

“Bermula dengan tengok berita, berkaitan ekonomi dunia. Saya perasan sebagai pembeli di pemborong, harga barangan semakin hari semakin naik.

“Pada mulanya saya cuma ingat mungkin pemulihan ekonomi sebab baru nak Kembali selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tetapi, semakin hari, semua barang naik, jadi saya, juga mengambil jalan untuk menaikkan sedikit harga barang, ”katanya.

Namun, katanya bukan sahaja barang keperluan bakery tetapi barangan rumah dan keperluan harian juga turut terksesan dengan kenaikan harga barang.

“Saya berharap, para peniaga dapat mempertahankan perniagaan masing-masing memandangkan ramai peniaga kecil mengambil jalan untuk menutup premis disebabkan tidak mahu menanggung risiko kenaikan harga yang berterusan,”katanya.

Peniaga kedai masakan panas, Zaleha Ariffin, 37, berkata dia yang ikut sama terkesan dengan situasi tersebut berharap agar keadaan semakin pulih berbanding sebelum ini.

Zaleha Ariffin, 37, berharap keadaan ekonomi negara akan pulih.

“Saya dah berniaga hampir 10 tahun. Kalau tengok keadaan ekonomi sekarang seolah-olah rakyat sedang berjimat cermat. Mungkin lebih kepada masak di rumah.

“Kita berniaga guna modal, modal makin naik, jualan pula berkurangan,”katanya.

Dia juga berharap agar kerajaan dapat membantu peniaga kecil seperti mereka demi meringankan beban dalam menghadapi situasi ekonomi sekarang.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here