Home Ulasan Wartawan BELIA DAN POLITIK

BELIA DAN POLITIK

266
0

Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Pengundi belia antara yang sepatutnya ambil peduli tentang keberadaan politik dalam negara yang penuh dengan cabaran masa kini.

Seharusnya, belia tidak memandang enteng penglibatan dalam bidang politik kerana masih terdapat golongan belia yang langsung tidak cakna berkaitan dengan politik,

Belia perlu bijak untuk memilih siapa bakal meneraju negara agar tiada lagi suara sumbang di belakang.

Sedia maklum, pemimpin hari ini juga bergantung harap kepada golongan belia dalam membentuk sebuah kerajaan.

Wartawan Imedikel TV sempat menemu bual belia -belia di sekitar Telipot Kota Bharu.

Hazwani, 27, ketika ditemui berkata sebagai seorang belia dia berpandangan bahawa golongan belia perlu menanam minat dalam mengambil cakna tentang politik negara.

“Pada pandangan saya belia perlu mengambil tahu tentang politik di Malaysia, jika golongan belia ini tidak mengambil cakna tentang politik mungkin sukar untuk ada pelapis pemimpin di negara ini,”katanya.

Katanya dengan adanya pelapis pemimpin daripada golongan belia yang berwibawa mungkin masa depan politik negara akan lebih cerah serta telus.

Senada dengan Azwani Aziz, 24, berpendapat golongan belia memang perlu tahu dan mengambil berat akan politik negara.

“Perlulah ambil tahu tentang politik negara kita, kerana masa depan negara kita bergantung kepada undian setiap belia”

Menurut Azwani, sebagai belia perlulah sentiasa peka dengan isu politik negara supaya tidak ketinggalan tentang isu-isu semasa yang berlaku pada politik negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here