Home Ulasan Wartawan BUNDLE TERPAKAI JUGA BERKUALITI

BUNDLE TERPAKAI JUGA BERKUALITI

217
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Istilah ‘menyelam’ ketika mencari pakaian atau pelbagai barangan terpakai yang popular dipanggil ‘bundle’ memang tidak asing lagi dalam kalangan penggemarnya.

Pakaian ‘bundle’ tidak kurang hebatnya bagi penggemar yang memang meminatinya dan sanggup menyelongkar untuk mencari pakaian tersebut.

Namun, terdapat segelintir masyarakat beranggapan bahawa barangan “bundle” adalah barangan yang tidak bernilai dan berkualiti teruk.

Akan tetapi terdapat juga barangan terpakai yang berkualiti jika pandai memilih dan bijak menilai sentimental daripada barangan “bundle”.

Che Anis Farahin Che Omar, 27, berkata pakaian “bundle” yang dibeli daripada pembekal dengan pelbagai guni dengan kualiti yang berbeza.

“Ada guni yang gred A, kalau orang yang tidak tahu tentang gred itu, dia akan beranggapan guni bundle adalah murah sedangkan guni itu mencecah ribuan ringgit,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Anis berkata tidak semua pakaian “bundle” dijual dengan harga murah kerana ia bergantung kepada kualiti pakaian dari gred guni tersebut.

Dia yang juga pengusaha kedai ‘Rumah Bundle’ berkata kesemua pakaian yang dijual adalah daripada guni gred A.

Tambahnya, pakaian perempuan yang dijual di kedainya bermula pada harga RM10 hingga RM40.

“Ada setengah perempuan dia suka kedai yang berhawa dingin untuk senang pilih baju soal harga itu tidak penting tapi ada setengah perempuan inginkan baju dengan harga murah tetapi tidak mengira soal keselesaannya,”katanya.

Katanya kedai yang kelihatan estetik juga mampu menarik minat pengguna bundle untuk datang ke kedainya.

Tambahnya, terdapat juga barangan “bundle” yang berjenama, cantik dan selesa.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here