Home Ulasan Wartawan PERLU KE BERCINTA UNTUK KAHWIN?

PERLU KE BERCINTA UNTUK KAHWIN?

242
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

Zaman sekarang ramai yang berkata “kalau nak kahwin, perlu kenal dulu, berkawan dulu, dan macam mana nak kahwin kalau tak kenal dan tak bercinta.

Perkahwinan itu adalah percintaan dua hala. Maka, percintaan itu boleh terbina dengan kasih sayang melalui perkenalan antara pasangan.

Percintaan sebelum nikah bermaksud untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam sebelum perkahwinan.

Persoalannya, adakah perlu bercinta terlebih dahulu untuk masuk ke alam perkahwinan?

Wartawan Imedikel TV bertanyakan pendapat dan komen orang ramai berkaitan isu yang menjadi persoalan itu.

Siti Hajar Nazir, 24, dari Skudai, Johor berkata tidak perlu nak bercinta dan kenal sampai bertahun baru mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Islam dah mudahkan cara untuk umatnya ikuti jika mahu menikah, waktu tempoh taaruf tu kenal lah bakal pasangan betul-betul, tanya lah dalam sedalamnya tentang peribadi bakal calon, tidak perlu pun untuk bercinta bertahun-tahun, kalau bercinta bertahun-tahun pun belum tentu pada akhirnya ke pelamin.

“Jika dah bersedia untuk dirikan rumah tangga, ikutilah konsep yang diajarkan oleh islam, jangan cemarkan kesucian cinta tersebut,” katanya.

Zamrina Min, 43, pula berpendapat mengenali hati budi bakal suami atau isteri amat penting kerana ia melibatkan masa depan seseorang itu.

“Banyak stigma yang mengatakan “bercinta selepas kahwin itu indah” namun sebenarnya nak kahwin perlu untuk kenal lama supaya kita tahu lelaki atau perempuan itu bersifat yang menepati citarasa kita atau tidak, jika tersilap memilih lelaki yang jenis panas baran maka tunggang langgang la hidup kita.

“Cuma tidak perlu juga untuk bercinta bagai nak rak sampai lupa segala batas dalam Islam, cukup sekadar bercakap perkara penting sahaja, tidak perlu sepanjang masa dengan si dia, bersembang di telefon 24 jam ataupun selalu berhubung melalui ‘whatsapp’,” katanya.

Hidayah Ibrahim, 27, pula berpendapat mengenali pasangan sebelum berkahwin adalah satu proses perkenalan yang tak akan pernah habis, mungkin akan mengambil masa yang singkat dan mungkin akan mengambil masa yang lama juga untuk mengenali seseorang sehingga membuat keputusan untuk berkahwin.

“Bagi saya mengenali seseorang untuk dijadikan suami atau isteri ada banyak cara bukan dengan bercinta sahaja, mereka boleh menggunakan khidmat orang tengah untuk berbincang atau bertanyakan soal bakal pasangan untuk mengetahui tentang latar belakang, keluarganya atau apa sahaja maklumat penting yang perlu kita tahu mengenainya. Oleh sebab itu penting untuk pengetahuan ibubapa tentang hubungan seseorang itu.

“Selain itu, ia juga memudahkan kita untuk membuat keputusan kerana mendapat sokongan dari orang tua. Jika dibandingkan dengan bercinta, maka boleh hilang kemanisan yang akan dikecapi selepas nikah oleh kerana sudah bermesra bersama pasangan daripada sebelum berkahwin,” katanya ketika dihubungi oleh pemberita bagi mengulas berkenaan isu tersebut.

Bagi mengelakkan berlakunya kes-kes penipuan sebelum pernikahan, disarankan kepada mereka untuk mengenali siapa bakal pasangan mereka sebelum berkahwin lagi.

Jika mahu bercinta selepas nikah, silakan tetapi kenalilah pasangan sebelum bernikah. Caranya ialah diri sendiri bertaaruf dengan si dia. Jika tidak mampu, mintalah pertolongan daripada pihak ketiga contohnya ibubapa.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here