Home Ulasan Wartawan ISU PEMINTA SEDEKAH

ISU PEMINTA SEDEKAH

284
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

Isu meminta sedekah sering kali tular di media sosial.

Isu ini seakan sudah lalu apabila golongan tempatan termasuk kanak-kanak dan warga asing yang sesuka hati meminta sedekah pada orang ramai berdekatan mereka.

Antara alasan yang digunakan adalah untuk mencari wang lebih selain ada masalah kesihatan untuk bekerja sendiri.

Mereka mengambil tindakan menjadi pengemis atau meminta sedekah di kawasan tumpuan seperti pasar, bank, masjid dan dataran yang menjadi tumpuan ramai.

Selalunya golongan pengemis itu pada awalnya menjual tisu atau makanan di lokasi tumpuan ramai namun mereka semakin berani meminta wang dari orang ramai.

Selain itu, terdapat juga dalam kalangan mereka meminta derma menggunakan nama pembinaan masjid atau surau, disyaki menggunakan surat dokumen palsu.

Isu ini juga turut mengganggu ketenteraman orang ramai di luar sana akibat sering diganggu oleh mereka.

Wartawan Imedikel TV bertanyakan orang ramai berhubung isu tersebut.

Syuhadah Zulkurnain, 24, melontarkan pandangan bahawa aktiviti meminta sedekah atau meminta derma boleh mencemarkan imej negara.

Syuhadah Zulkurnain

“Peminta sedekah dari kalangan bukan rakyat Malaysia macam mana mereka boleh masuk ke negara ini, siapa yang membawa mereka, dan bagaimana mereka mempunyai inisiatif untuk meminta sedekah. Memandangkan sekarang pasti ada pertubuhan illegal yang suruh merka meminta sedekah dn mereka medapat keuntungan dari peminta itu sendiri.

“Dengan perkara ini, kita dapat tegok kadar kemiskinan yang makin melampau dalam kalangan rakyat dan bukan dari isu malas bekerja cuma kadang-kadang keadaan yang memaksa mereka, jadi pihak berwajib perlu mengambil inisiatif bagaimana perlu mengatasi kadar kemiskinan dari segi buka peluang pekerjaan dan tegas dalam urusan keluar masuk tanpa permit.

“Kes yang menggunakan nama agensi atau masjid untuk minta derma juga perlu diselidik adakah itu daripada pertubuhan yang dipercayai dan jika tidak pihak berwajib perlu membanteras kerna boleh cemarkan agensi dan nama masjid itu sendiri,” katanya.

Izzah Inani, 25, berpendapat sebagai masyarakat memberi sedekah itu adalah amalan baik tetapi mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain itu bukan sifat yang baik.

Izzah Inani

“Kalau tengok keadaan sekarang semakin ramai pengemis yang berani meminta sedekah jadi untuk memberi bukanlah satu keberatan tetapi kita menjadi takut disebalik pengemis itu takut ada sindiket.

“Terkadang ia agak mengganggu mungkin agensi-agensi atau NGO boleh mengambil inisiatif untuk mengurangkan atau membantu pengemis atau gelandangan di sekitar bandar,” katanya yang sedang berkhidmat di syarikat swasta.

Seorang lagi Fazli Dahri, 25, berpependapat bahawa golongan peminta sedekah ini patut ditahan pihak berwajib ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Fazli Dahri

“Golongan mereka tidak akan sesekali dengar kalau setakat nasihat yang diberikan pada mereka melainkan diambil tindakan sewajarnya, sekarang ni seperti menjadi sumber pendaptan mereka apabila meminta sedekah daripada orang ramai.

“Setiap hari saya tengok orang yang sama sahaja datang meminta sedekah sekitar pantai irama, saya juga nak sarankan pihak JKM atau pihak berwajib buat rondaan setiap hari di sana kerana mereka semakin aktif bergiat dalam aktiviti ini,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here