Home Buletin Semasa PROJEK RINTIS STESEN MINYAK TANPA SUBSIDI DIPERLUAS KE ZON TIMUR

PROJEK RINTIS STESEN MINYAK TANPA SUBSIDI DIPERLUAS KE ZON TIMUR

182
0

Johor Bahru: Projek rintis stesen minyak tanpa subsidi sudah dilaksanakan di Perlis dan kerajaan akan memperluaskan lagi ke dua negeri di zon timur yang bersempadan dengan Thailand iaitu Kelantan dan Perak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya kini sedang meninjau lokasi pembangunan stesen minyak tanpa subsidi di dua negeri itu.

Selain Kelantan dan Perak, katanya KPDN juga melihat negeri seperti Johor, Sabah dan Sarawak bagi pembangunan projek sama yang dilihat membantu dalam mengurangkan ketirisan bahan api subsidi.

“Menerusi projek rintis di dua stesen minyak di Padang Besar dan Wang Kelian di Perlis, kita dapat menjimatkan hampir RM6 juta peruntukan subsidi minyak kerajaan.

“Sekarang kita beralih kepada zon timur iaitu di sepanjang sempadan Kelantan dan Perak. Kita juga meninjau di Johor yang bersempadan dengan Singapura, kalau ada tempat sesuai untuk dibangunkan petrol pam untuk menjual bahan bakar tanpa subsidi bagi kegunaan warga asing.

“Kita juga melihat tempat baharu dan KPDN buat tinjauan di Sabah dan Sarawak…saya lihat dengan pembangunan di Kalimantan (sempadan Sarawak-Indonesia) sudah pasti akan terdapat kesan melimpah pembangunan ekonomi dan perlu ada petrol pam kita yang menjual minyak tanpa subsidi di sepanjang Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan, Apresiasi Pendidikan dan Pelancaran ITTV e-Learning Rahmah di Kempas, di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, memaklumkan kejayaan projek rintis stesen minyak tanpa subsidi menjimatkan hampir RM6 juta peruntukan subsidi minyak kerajaan.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Negara itu, Fuziah berkata walaupun inisiatif diperkenalkan itu bersifat liberal, ia berkesan untuk mengekang ketirisan.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here