Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV
KUANTAN: “Peminat bola sepak tempatan diharap dapat memberi peluang kepada Bojan Hodak untuk memimpin skuad Harimau Malaya bersaing dipentas antarabangsa,” kata bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail.
Menurutnya, peminat bola sepak perlu memberi sepenuh kepercayaan kepada dia (Hodak) untuk menghasilkan pasukan berkualiti seterusnya mampu mencetuskan kejayaan yang diharapkan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Katanya, pengalaman Hodak sebagai jurulatih beberapa pasukan tempatan sebelum ini diharapkan menjadi kelebihan kepadanya mengenali barisan pemain seterusnya corak persembahan pasukan kebangsaan yang kini tidak kurang hebat dipentas Asia.
“Pengalaman lama berada di negara ini sebagai jurulatih skuad Bawah 19 Tahun (B-19),
Johor Darul Ta’zim (JDT), Kelantan, UPB-MyTeam dan Kuala Lumpur City kelebihan yang dimiliki jurulatih kelahiranCroatia itu.
“Ditambah pula dengan pengalaman sebagai ketua jurulatih Indonesia, faktor berkenaan diharap dapat melahirkan pasukan Harimau Malaya yang akan mencetuskan kejayaan dipentas antarabangsa,” katanya, dihubungi di sini hari ini.
Beliau menambah, pelantikan Hodak sebagai ketua jurulatih pasukan kebanggaan diharap dapat memberikan hala tuju baharu kepada Harimau Malaya, selain memperkukuh persiapan pasukan dalam menghadapi cabaran dan kejohanan antarabangsa akan datang.
Jamal Nasir menegaskan, apa yang penting peminat bola sepak negara tidak terlalu menaruh harapan yang terlalu tinggi menggunung dalam masa singkat, fasa pertama bagi peluang kepada Hodak membentuk pasukan Harimau Malaya menggunakan kaedah miliknya sendiri.
“Saya percaya barisan pemain kebangsaan sudah ada dalam senarai Hodak, cuma pasukan Harimau Malaya kali ini dibentuk menggunakan gandingan pemain tempatan dan pemain naturalisasi dan pemain warisan yang mungkin memiliki kelebihan untuk mencatat kejayaan.
“Saya yakin Keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melantik Hodak sebagai ketua jurulatih pasukan negara kena pada masanya, tidak mustahil pasukan negara mampu menyerlah diperingkat Asian seterusnya Asia,” katanya yang sebelum ini pernah memikul tugas sebagai jurulatih pasukan Pahang.
IMedikelTV






